MuJaHiDaH

Assalamualaikum buat umat Islam semua..

Ketika memasuki bulan Rabiul Awwal, umat Islam merayakan hari kelahiran Nabi SAW dengan berbagai cara, baik dengan cara yang sederhana maupun dengan cara yang cukup meriah. Pembacaan shalawat, barzanji dan pengajian­pengajian yang mengisahkan sejarah Nabi SAW menghiasi hari-hari bulan itu.

Sekitar lima abad yang lalu, pertanyaan seperti itu juga muncul. Dan Imam Jalaluddin as-Suyuthi (849 H - 911 H) menjawab bahwa perayaan Maulid Nabi SAW boleh dilakukan. Sebagaimana dituturkan dalam Al-Hawi lil Fatawi:

"Ada sebuah pertanyaan tentang perayaan Maulid Nabi SAW pada bulan Rabiul Awwal, bagaimana hukumnya menurut syara'. Apakah terpuji ataukah tercela? Dan apakah orang yang melakukannya diberi pahala ataukah tidak? Beliau menjawab: Menurut saya bahwa asal perayaan Maulid Nabi SAW, yaitu manusia berkumpul, membaca Al-Qur’an dan kisah-kisah teladan Nabi SAW sejak kelahirannya sampai perjalanan kehidupannya. Kemudian menghidangkan makanan yang dinikmnti bersama, setelah itu mereka pulang. Hanya itu yang dilakukan, tidak lebih. Semua itu termasuk bid’ah al-hasanah. Orang yang melakukannya diberi pahala karena mengagungkan derajat Nabi SAW, menampakkan suka dta dan kegembiraan atas kelahiran Nnbi Muhammad SAW yang mulia". (Al-Hawi lil Fatawi, juz I, hal 251-252)

Jadi, sebetulnya hakikat perayaan Maulid Nabi SAW itu merupakan bentuk pengungkapan rasa senang dan syukur atas terutusnya Nabi Muhammad SAW ke dunia ini. Yang diwujudkan dengan cara mengumpulkan orang banyak. Lalu diisi dengan pengajian keimanan dan keislaman, mengkaji sejarah dan akhlaq Nabi SAW untuk diteladani. Pengungkapan rasa gembira itu memang dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan anugerah dari Tuhan. Sebagaimana firman Allah SWT :

قُلْ بِفَضْلِ اللهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَالِكَ فَلْيَفْرَخُوا

Katakanlah (Muhammad), sebab fadhal dan rahmat Allah (kepada kalian), maka bergembiralah kalian. (QS Yunus, 58)

Ayat ini, jelas-jelas menyuruh kita umat Islam untuk bergembira dengan adanya rahmat Allah SWT. Sementara Nabi Muhammad SAW adalah rahmat atau anugerah Tuhan kepada manusia yang tiadataranya. Sebagaimana firman Allah SWT:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ

Dan Kami tidak mengutusmu (Muhammad) kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam. (QS. al-Anbiya',107)

Sesunggunya, perayaan maulid itu sudah ada dan telah lama dilakukan oleh umat Islam. Benihnya sudah ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW. Dalam sebuah hadits diriwayatkan:

عَنْ أبِي قَتَادَةَ الأنْصَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صَوْمِ اْلإثْنَيْنِ فَقَالَ فِيْهِ وُلِدْتُ وَفِيْهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ – صحيح مسلم

Diriwayatkan dari Abu Qatadah al-Anshari RA bahwa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Senin. Maka beliau menjawab, "Pada hari itulah aku dilahirkan dan wahyu diturunkan kepadaku”. (HR Muslim)

Betapa Rasulullah SAW begitu memuliakan hari kelahirannya. Beliau bersyukur kepada Allah SWT pada hari tersebut atas karunia Tuhan yang telah menyebabkan keberadaannya. Rasa syukur itu beliau ungkapkan dengan bentuk puasa.

Paparan ini menyiratkan bahwa merayakan kelahiran (maulid) Nabi Muhammad SAW termasuk sesuatu yang boleh dilakukan. Apalagi perayaan maulid itu isinya adalah bacaan shalawat, baik Barzanji atau Diba', sedekah dengan beraneka makanan, pengajian agama dan sebagainya, yang merupakan amalan-amalan yang memang dianjurkan oleh Syari' at Islam. Sayyid Muhammad' Alawi al-Maliki mengatakan:

"Pada kesimpulannya, berkumpul untuk mengadakan Maulid Nabi merupakan sesuatu yang sudah lumrah terjadi. Tapi hal itu termasuk kebiasaan yang baik yang mengandung banyak kegunaan dan manfaat yang (akhirnya) kembali kepada umat sendiri dengan beberapa keutamaan (di dalamnya). Sebab, kebiasaan seperti itu memang dianjurkan oleh syara' secara parsial (bagian­bagiannya)”

“Sesungguhnya perkumpulan ini merupakan sarana yang baik untuk berdakwah. Sekaligus merupakan kesempatan emas yang seharusnya tidak boleh punah. Bahkan menjadi kewajiban para da'i dan ulama untuk mengingatkan umat kepada akhlaq, sopan santun, keadaan sehari-hari, sejarah, tata cara bergaul dan ibadah Nabi Muhammad SAW. Dan hendaknya mereka menasehati dan memberikan petunjuk untuk selalu melakukan kebaikan dan keberuntungan. Dan memperingatkan umat akan datangnya bala' (ujian), bid'ah, kejahatan dan berbagai fitnah". (Mafahim Yajib an Tushahhah, 224-226)

Hal ini diakui oleh Ibn Taimiyyah. Ibn Taimiyyah berkata, "Orang-orang yang melaksanakan perayaan Maulid Nabi SAWakan diberi pahala. Begitulah yang dilakukan oleh sebagian orang. Hal mana juga di temukan di kalangan Nasrani yang memperingati kelahiran Isa AS. Dalam Islam juga dilakukan oleh kaum muslimin sebagai rasa cinta dan penghormatan kepada Nabi SAW. Dan Allah SWT akan memberi pahala kepada mereka atas kecintaan mereka kepada Nabi mereka, bukan dosa atas bid'ah yang mereka lakukan". (Manhaj as-Salaf li Fahmin Nushush Bainan Nazhariyyah wat Tathbiq, 399)

Maka sudah sewajarnya kalau umat Islam merayakan Maulid Nabi SAW sebagai salah satu bentuk penghormatan kepada Nabi Muhammad SAW. Dan juga karena isi perbuatan tersebut secara satu persatu, yakni membaca shalawat, mengkaji sejarah Nabi SAW, sedekah, dan lain sebagainya merupakan amalan yang memang dianjurkan dalam syari'at Islam.

Wassalam.
MuJaHiDaH

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Wallahu'alam... wassalam...
MuJaHiDaH

Assalamualaikum...

Munajatku padaNYA kali ini bertemankan air mata. Menginsafi diri apabila mengenang segala dosa yang dilakukan. Cukupkah amalan yang bakal dibawa ke destinasi abadi? Sesungguhnya kematian itu pasti, namun mengapa dan kenapa tidak ramai yang ingin memikirkan MATI? Kenapa apabila bercakap tentang mati, semua menjadi gerun dan seram sejuk? Adakah kerana takut mati disebabkan takut rasa sakitnya, atau takut untuk meninggalkan dunia persinggahan, atau kerana takut akan seksa ALLAH pada segala dosa yang belum terampun?

Bertanya pada diri sendiri, sentiasa mengingati mati itu apa kelebihannya? Diri menjawab mengingati mati mendekatkan diri kepada Pencipta yang akan mematikan. Dengan sentiasa mengingati mati, diri akan sedar akan kerendahan martabatnya di hadapan al-Khaliq. “Kalau aku tak baca al-Quran sekarang, sempat lagi ke nak baca lepas ni?”, “Kalau aku tak bangun solat Subuh sekarang, ada lagi ke esok untuk aku?”, “Hutang aku pada dia, kalau tak bayar sekarang, sempat ke nak bayar lepas ni?”, “Kalau tak minta maaf dengan mak dan ayah sekarang, nanti sempat ke?” Masya ALLAH! Banyaknya yang belum dilakukan!

Renungkan wahai sahabat, masa kita di dunia ini semakin singkat. Ajal juga semakin hampir kepada kita. Ajal tidak mengenal UMUR dan TEMPAT. Bila-bila masa sahaja kita akan dipanggil kembali ke tempat asal kita. Tidak kira di mana mahupun bagaimana. Ana sendiri, tidak tahu bila lagi ana boleh menaip nukilan hati ana di blog ini. Siapa tahu, mungkin juga ini kali terakhir ana menaip di sini, atau mungkin ada lagi peluang untuk ana selepas ini…? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui akan sesuatu, dan DIA yang Maha Berkuasa menentukan sesuatu. Maka, ana ingin menyeru sahabat-sahabat sekalian, sentiasalah mengingati ALLAH walau di mana kita berada. Tambahkanlah amal ibadat kita selagi mampu untuk kita bernafas. Selagi nyawa tidak sampai ke hujung tanduk, selagi itulah kita tingkatkan iman dalam diri. Tarbiah diri kita. Sucikan hati, istiqamahlah.


Firman Allah SWT yang bermaksud, “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal), maka apabila telah datang waktunya (ajalnya) mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. ” (Surah Al-A’raaf, ayat 34). Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat rahmat dan keredhaan- Nya selalu. Amin.

“Cukuplah MATI itu sebagai satu peringatan…” - semat dalam hati sentiasa.

Wallahu'alam... Wassalam...
MuJaHiDaH

Assalamualaikum…. Alhamdulillah, syukur kpd Allah SWT yg telah memberi kekuatan utk menulis post pada saat ini walaupun dalam keadaan yang kurang sihat beserta nikmat Islam dan Iman, selawat dan salam yang tiada hentinya hingga ke Hari Qiamat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

MPM Insaniah kini mengalami cabaran yang agak kompleks, sesuai dengan zamannya. Walaupun cabaran MPM adalah berbeza berdasarkan perubahan zaman tetapi asasnya adalah sama. Sejak dari zaman Rasulullah cabaran gerakan Islam ada lah sama dimana terdapat penindasan, pemulauan, fitnah, dan ugutan.

Pada minggu lepas juga telah berlangsung 3 Program yang berkaitan tentang Kepimpinan iaitu Majlis Pelancaran MPM 09/10, Ijtima’ Kolej Kediaman dan Dialog Pentadbiran bersama Mahasiswa Insaniah. ini merupakan program wajib bagi setiap IPTA/IPTS. Tahniah!!!! Ana ucapkan kepada semua Kepimpinan Mahasiswa di Insaniah ( MPM & JAKSA), Ini merupakan satu amanah yang sangat berat pada era Globalisasi ini. Risiko, cabaran, dugaan dan sewaktu dengan nya wajib lah di tempuhi bagi merealisasikan hasrat Mahasiswa Insaniah.. Pada MPM 09/10 ana di amanahkan sebagai AJK Biro Akademik.. Takziah untuk diri sendiri menanggung satu tugas yang mencabar !!!!....

Setiap Jawatan yang di amanahkan kepada kita pastinya dari Allah SWT.. Ia merupakan satu tanggungjawab yang berat dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak..
Nabi s.a.w berkata, “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.” (Riwayat Muslim)

Bagi pandangan ana, menjadi pemimpin bukanlah satu amanah yang ringan, mungkin suara2 Mahasiswa yang selalu kedengaran di telinga ana seperti :

“ Saya tak respect la MPM yang pegang Biro itu!!!!” ,
“ MPM dari dulu sama je dengan MPM sekarang, tak da perubahan pun”
“ Program malam tadi tu tak best la…”
“ Dia tu pulun la....”
“ Dia tu tak layak la jadi JAKSA” ,
“ Pentadbiran tu buat kerja lembab la…..”


Ini lah contoh2 suara mahasiswa yang kita selalu dengar kepada mana2 Kepimpinan….. Bagi pandangan ana juga, cuba kita muhasabah diri dan berfikir secara rasional tujuan asal yang Allah SWT wujud kan kita sebagai hambaNya di atas muka bumi Allah yang fana ini, bukan untuk “merespect atau di respect” “mengkritik ataupun dikritik” serta melabel seseorang itu sesuka hati saja… Sebaliknya tujuan kita hidup adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT..

Ini terbukti dengan firman Allah yang bermaksud : ““Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mukminun :115)

Firman Allah lagi yang bermaksud : “Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku” (az-Zariyat:56)

Firman Allah SWT jelas menunjukkan tujuan asal manusia diwujudkan… Manusia adalah sama sahaja.. Sebenarnya juga, apa yang ana perhatikan dan kaji , maka terhasil lah bahawa citarasa setiap manusia adalah berbeza.. Contoh terdekat yang ana lihat, pada Majlis Pelancaran MPM baru2 ini, ada yang mengatakan program tersebut sangat menarik dan sebahagian lagi mengatakan biasa saja, tiada perubahan dari yang lepas… Ini membuktikan bahawa citarasa setiap insan tidak sama, bukan saja dikalangan kita, bahkan juga timbul masalah ini dikalangan Imam2 yang nak mengeluarkan hukum terhadap sesuatu masalah dalam syariat Islam… Apa yang kita ketahui terdapat 4 mazhab, jadi jelas bahawa menggunakan dalil sama tetapi pendapat yang berbeza..

Ana tidak salah kan mana2 pihak untuk memberikan pandangan masing-masing dari apa yang kita lihat di depan mata kita tetapi ana nak nasihatkan, cuba kita kaji dahulu sebelum kita melabelkan seseorang itu, supaya kita tidak tergolong dari golongan pemfitnah atas apa yang kita telah katakan.


Menjadi pemimpin bukan lah semudah apa yang kita sangkakan. Bagi pandangan ana juga, Kepimpinan di Insaniah adalah seperti “Stadium Bola Sepak”. Contohnya MPM & JAKSA sebagai pemain2 bola sepak dan Mahasiswa Insaniah sebagai Penonton.. jadi jelas lah bahawa penonton (pelajar2) nampak seluruh padang, termasuk baik dan buruk pemain (MPM & JAKSA). Ini lah punca berlakunya suara2 sumbang yang tidak berani ke hadapan untuk berinteraksi dengan kepimpinan, Cuma mampu bertulis di atas kertas, blog… serta menyuarakan dari belakang… Siapa yang tiada perubahan sebenarnya!!!!!!

Dengan kesempatan yang ada ini, ana merayu kepada semua Mahasiswa Insaniah jangan asyik nak merunding jari saja kepada siapa2.. Kita cuba untuk sama2 membantu semua Kepimpinan Insaniah, bagi memenuhi hasrat MPM kali ini seperti mana ucapan Presiden MPM 09/10 memang cukup jelas dengan moto, visi & misi yang akan di bawa pada kali ini.. bukan mengharapkan sebarang wang upah atau seumpamanya.. tetapi untuk memperjungan Islam dari setiap aspek.

Ana hendak cadangkan kepada semua, cuba kita luangkan sedikit masa untuk kita merenung seandainya kita yang berada di tempat kepimpinan (MPM & JAKSA). Mungkin persoalan ini yang kita fikir kan…..

Agak2 apa yang kita buat untuk Insaniah?
Apa orang cakap dekat kita dengan hasil kita buat?
Apa respon pelajar2 kalau kita menganjurkan apa2 program?
Adakah orang nak bantu kita dengan kerja2 kita yang banyak?

Sebenarnya setiap orang muslim adalah Da’ie, erti kata lain iaitu pemimpin… Jadi kita sama2 berganding bahu untuk sama2 membantu antara satu sama lain di Insaniah ini. Mana mungkin hanya 26 Exco MPM dapat memenuhi hasrat lebih kurang 4000 orang mahasiswa Insaniah.

Wahai sahabat Mahasiswa,
“ Jangan lari dari masalah, hadapi masalah, Jika tidak ia akan mengerjamu.”
“ Teruskan berjuang tanpa takut, Pelajaran dan perjuangan mesti diteruskan secara berhikmah,rezeki milik Allah SWT, Ia akan datang pada kalian dengan usaha dan doa”

Waallahu’alam… Wassalam….
MuJaHiDaH

Assalamualaikum… Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yg telah mengizinkan kpd ana untuk bernafas sehingga ke saat akhir tahun 2009 ini beserta nikmat Islam dan Iman, disamping kesihatan yang baik dari segi anggota badan, pendengaran dan penglihatan…selawat dan salam yang berterusan hingga ke Hari Qiamat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Hari ini bertarikh 31 Disember 2009, dan merupakan hari terakhir pada tahun 2009. Sepanjang hidup ana, belum pernah menulis seluruh aktiviti harian selama setahun itu lengkap di dalam satu buku diari. Tapi, kalau menulis semuanya di dalam diari atau blog, untuk satu hari kelak kita akan membuka, melihat, membelek dan membacanya sendiri, lalu kita bakal senyum dan tertawa atas apa yang pernah kita lakukan. Itu untuk yang lucu. Kalau ia pahit, tentu kita akan teresak sendirian mengenangkannya. Kalau manis, kita bakal senyum dan berimaginasi sendirian atau berkongsi dengan teman terdekat kita, itu memang sifat dan naluri manusia yang semula jadi. Tangis dan tawa, kecewa dan bahagia itu memang suatu lumrah dalam mengisi sifat manusiawi itu sendiri.

Memang la, menulis di dalam buku diari atau blog berkaitan aktiviti harian kita bukanlah suatu yang wajib bagi sesiapa sahaja. Ana pun tak pernah jumpa dalil yang mewajibkannya. Namun, ia hanyalah sekadar hobi dan teknik penulis untuk berlatih dan mengkreatifkan teknik penulisan, sambil menulis semua pengalaman dan peristiwa yang terjadi dan lintasan ilham yang tidak bakal kunjung pada setiap masa. Idea, ilham dan pengalaman dalam peristiwa yang dialami oleh setiap manusia sebenarnya adalah ilmu yang boleh dicurahkan sebagai nasihat, tazkirah dan dakwah dalam bentuk penulisan dan aliran kata. Sebab itulah, ana juga cuba untuk sentiasa membawa buku diari atau membuka blog , lalu menulis apa saja yang terlintas di dalam fikiran dan pada setiap kejadian yang berlaku.

Seperti insan-insan yang lain pasti melalui kehidupan sepanjang 2009 ini dengan pelbagai aktiviti yang menggembirakan dan menyedihkan. Ana pun seperti insan lain yang menempuh pelbagai suka duka kehidupan yang fana ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"
(Surah Al-'Asr, ayat 1-3)

Alhamdulillah ana telah menggunakan masa dengan sebaiknya. Semoga ana dan semua tidak tergolong dengan orang2 yang rugi.. Secebis kenangan dari ana sepanjang 2009 yang ana dapat kongsikan dengan pengunjung blog ana adalah :

ketika konvekesyen kakak sulung ana di UUM pada oktober yang lepas, bersama inspirasi hidup ana..


Semasa bekerja sebagai ustazah sewaktu cuti semester di sekolah ayah ana iaitu SMK Syed Abu Bakar.. waktu ini adalah sambutan Hari Guru 2009, so… semua guru2 kena lah menyanyi dan bacaan ikrar.. emm yang hujung kiri baju putih dan kopiah putih,ayah ana la tu... hehe


Bersama kawan baik ana iaitu Ustazah Habibah, sebelah meja ana dalam bilik guru… dia lah yang banyak tolong ana sepanjang ana berada di sekolah, ana diamanahkan sebagai ustazah Pendidikan Islam tingkatan 2, ana mengajar 4 kelas... Disamping itu juga sebagai guru Matematik untuk kelas tambahan PMR.. Alhamdulillah, tiada apa-apa masalah.


Sambil2 tengah bercuti, sempat jgk berjalan la ke rumah kawan2.. kami pergi ke rumah Kholijah di pendang.. banyak la makanan yang di hidang... terima kasih buat kholijah dan family.nanti jemput la datang ke rumah ana pulak di Baling.. dekat je, jalan kaki pun sampai tapi...... letih gila2 la ye... huhu


Mantan Setiausaha BPIK dan Mantan timb.Pengerusi BPIK
Semasa iftor di RFC bersama2 semua AJK Biro Pembangunan Insan & Kemasyarakatan MPM 08/09.


Sewaktu Program Bakti Siswa yang telah diadakan di Kg.Kemangi,baling.. nie tengah belajar menganyam ketupat dgn daun kelapa bersama org2 kampung... Alhamdulillah jadi jugak ketupat ana, cepat2 sapa nak buat tempahan...hehe


Alhamdulillah, ana dapat join program yang paling best sepanjang ana di Insaniah.. tak payah tulis la.... ada kat gambar dah tu...baca sendiri la ye...hehe


" Satu misi pencarian mutiara ISLAM"
kami menjelajah hutan kira-kira 8 KM untuk bertemu dengan perkampungan orang2 Asli, akhirnya jumpa jugak…


Nie sewaktu on the way nak balik Insaniah, singgah kejap dekat Gua Tempurung… tapi tak sempat pun masuk gua sebab dah lewat…. Berjalan2 dekat luar saja la…


Walaupun kesibukkan program di Insaniah, ana tidak akan lupa tugas ana sebagai exco Gabungan alumni yayasan Al-khairiah, dan diamanahkan sebagai timb.pengerusi biro dakwah & kepimpinan… jadi ana dan semua exco2 GAYA telah mengadakan program untuk semua kepimpinan yayasan khairiah iaitu program Qiadah Traning Centre (QTC).nie adalah program yang paling mencabar sepanjang hidup ana… kekuatan fizikal dan mental wajib la kuat….tapi sangat best……pada hari ini 31/12/09 jgk, ana kena balik rumah, sbb di yayasan khairiah ada Program Suai Kenal untuk pelajar2 baru….jadi semua alumni yk dijumput ye… sila2 la hadir, bermula pada esok hingga jumaat minggu depan….


Alhamdulillah, syukur kepada Allah…. Dengan tugas yang diberikan kepada ana…,ana dapat jalankan sekadar yang termampu dengan pertolongan dari Allah SWT.. Allah juga telah izin kan ana berjuang dengan cara perniagaan… pada 3 minggu yang lepas syarikat HPA dengan kerjasama Hospital Daerah Baling telah mengadakan program penjagaan kesihatan secara Islam… Jadi, pihak penganjur menjemput ana dan semua usahawan HPA di Baling bagi menjayakan program tersebut… penceramah ialah Tn.Haji Ismail Bin Haji Ahmad (Pengarah Urusan 1, HPA Industries Sdn Bhd)… banyak sgt ilmu tentang herba yang dapat…program nie di jalankan di Dewan Seri Indah, Hospital Baling, jam 2.00-5.00 petang…Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar….. Doakan juga semoga perancangan ana dan pelaksanaan yg telah di buat untuk membuka Stokis HPA di Tawau,Sabah akan berjaya... Insya Allah...
" Produk Halal Tanggungjawab Bersama"


Ini lah Pengarah Urusan 1, HPA Industries Sdn Bhd...

"Sekiranya kita redha dgn ketentuan ALLAH, maka kita sedang berpaut pada dahan yang kukuh, sekiranya ada keikhlasan di hati maka kita berada di jalan perjuangan, sekiranya semua itu tiada, maka kita umpama puing-puing hanyut di tengah samudera yg gelap gelita"
(dipetik dari buku Ini Jalan Kami, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad)



Walaupun banyak kenangan manis yang ana lalui sepanjang 2009 ini, tapi ada juga yang sedih... hehe... nak tahu apa??? 2 minggu lepas sebelum bukak kuliyyah "Kopi" meninggal, Kopi is my beloved cat.... ayah ana tertindih sewaktu undur kereta nak pergi sekolah sbb jadi pengawas peperiksaan SPM... tapi tak apa, ana masih ada adik kopi iaitu "melow" dan ibunya "nestle"... nama2 mcm nie sesuai utk binatang jela... so, cepat2 la BOIKOT!!! ana juga masih ada di sekeliling ana kat rumah ayam2, itik2 dan ikan dalam akurium.. dengan berkat kesabaran ana dan family, akhirnya "nestle" melahirkan 3 ekor anak pada minggu lepas.....Alhamdulillah.....

Bestnya suka duka kehidupan sepanjang 2009, rasa mcm nak lalui sekali lagi tapi memang MUSTAHIL la...... kalau bleh lalui kali ke-2... Alhamdulillah juga ana telah memanfaat kan masa yang Allah anugerahkan kepada ana dgn sebaik mungkin....


Tahun 2009 akan tamat pada pukul 12.00 malam nie, lambaran 2010 pulak akan menjelma.. ana berharap segala visi dan misi ana yang telah ana rancangkan untuk memajukan diri ana sendiri dan semua umat Islam, di samping juga mendekatkan lagi diri kepada Allah SWT akan berjaya dan mendapat keredhaan dariNya... InsyaAllah... Moga dengan niat dan azam ana yang berkobar-kobar (wow!) ini dapat diteruskan dengan istiqamah dan bukan angan-angan taik ayam, huhu. Bercakap memang senang, tapi melakukannya suatu hal yang tidak mudah dan perkara yang betul2 mencabar bagi diri ana.

Seperti mana kedua Malaikat yang tidak pernah ‘miss’ mencatat amal kita. Ana juga berharap agar dapat menulis setiap apa yang telah ana lakukan. Apakah baik, apakah buruk. Moga ana dapat menjadi manusia yang sentiasa dicatat amalnya di sisi amal soleh dan bukan sebaliknya. Semoga penulisan ana yang telah lalu, adalah berupa kebaikan dan bukan kerana sifat takbur, riak dan sombong diri. Ana juga merayu untuk semua di sekeliling ana supaya menegur setiap silap dan salah yg ana lakukan... Biasa la, ana manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...

Ana mohon dan berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada ana ketika menulis, bercakap dan beramal. Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati manusia, teguhkanlah jiwa-jiwa hamba-hamba-Mu ini di jalan yang lurus dan diredhaiMu.

"Selamat Menyambut Tahun Baru 2010"

Wallahu’alam...Wassalam......
MuJaHiDaH


Assalamualaikum kepada semua umat Islam...

TARIKH 10 Muharram, yang jatuh pada esok, mencatatkan banyak peristiwa penting dan kelebihan dalam Islam. Ia juga dikenali sebagai Hari as-Syura, iaitu adalah hari paling mulia dalam bulan Islam ini.

SUNNAH BERPUASA DI HARI ASYURA (HARI KE-10 DI BULAN MUHARRAM)

Pada mulanya puasa Asyura adalah termasuk puasa yang fardu, namun setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan, maka puasa Asyura menjadi sunnah, sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ فَرَأَى الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ، قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130))


كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Asyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125))


عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ ، فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ

“Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka”. (Hadis Muttafaq ‘alaihi)


اَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ ، وَاَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharam). Seafdal-afdal solat selepas solat fardu ialah solat malam”. (Hadis Riwayat Muslim (1163). Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906). Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi (2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra (4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395). Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu Khuzaimah (1134))


سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ

“Telah ditanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda bersabda: Solat di jauh malam. Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam”. (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

MENCONTOHI PUASA RASULULLAH

اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صِيَامِ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ

“Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 dalam bulan Muharam. Baginda bersabda:


لَمَّا صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَاَمَرَ بَصِيَامِهِ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ اَنَّهُ يَوْمَ تُعَظِّمُهُ الْيَهَوْدُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : فَاَذَا كَانَ عَامُ الْمُقْبِلِ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَاْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas:) Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah wafat”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Sebagai kesimpulannya, adalah disunnahkan berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 di bulan Muharam.


Walaupun banyak nas-nas yang menceritakan tentang kelebihan pada hari As-syura ini tetapi ada juga Hadis rekaan/palsu tentang hari Asyura ini. AWAS HADIS PALSU!!!

Hadis yang dimaksudkan :


Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda :
"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat,

dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid,

dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.

Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, Allah menenggelamkan Fir'aun pada hari Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Asyura, Allah menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura !".

Hadis ini statusnya maudhu' (rekaan) mengikut Syaikhul Hadis Nasiruddin alBani dan pendustaan terhadap Ibn Abbas RA.

Ibn Jauzi pula menegaskan hadis ini maudhu' tanpa ragu lagi.

Imam Dzahabi juga menyebut sebagai maudhu' (rekaan).

Imam Ahmad Ibn Hanbal menjelaskan hadis ini direka oleh seorang pendusta bernama Habib bin Abu Habib.

Ibn Hibban juga memberitahu hadis ini adalah batil dan tidak halal menyibarkannya.


Moga panduan yang diberi memberikan kita kesempatan untuk bersedia menyambut suatu hari yang besar di dalam Islam ini. Selamat menyambut Hari As-syura’.

Waallahu'alam... Wassalam...
MuJaHiDaH

Assalamualaikum… Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yg terus mengizinkan kpd ana kekuatan utk menuntut ilmuNya hingga saat ini beserta nikmat Islam dan Iman, disamping kesihatan yang baik dari segi anggota badan, pendengaran dan penglihatan…selawat dan salam yang berterusan hingga ke Hari Qiamat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Alhamdulillah semester lepas telah diharungi dengan baik bersama sahabat2 seperjuangan yang lain, suka dan duka dikongsi bersama dalam menuntut ilmu agama. Segala ilmu yang telah ditimba diharapkan menjadi tinta-tinta yang memberi manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat, disamping menjadi bekalan di medan perjuangan yang akan ditempuhi pada masa akan datang, InsyaAllah... Semester lepas telah pun tamat dengan keluarnya keputusan peperiksaan Semester 5.

Alhamdulillah ana bersyukur kepada Allah S.W.T bagi diri ana sendiri dan semua sahabat2 yang beroleh keputusan yang baik dan Alhamdulillah juga ana lafazkan buat diri ana dan mana-mana sahabat yang beroleh keputusan yang kurang memuaskan. Apa yang terjadi pasti tersimpan hikmah yang besar. Anggaplah ia kebaikan dan mengucap syukur apa yang berlaku. Cubalah muhasabah diri dan berfikir sebab berlakunya musibah.Umat Islam perlu sentiasa bersangka baik terhadap Allah.

Allah tetap memberi kurnia dan rahmat-Nya kepada semua umat Nabi Muhammad SAW. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah Yunus, ayat 44)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.” (Surah An-Nisa’, ayat 40)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang sabar dengan memberikan pahala lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (Surah An-Nahl, ayat 96)

Oleh itu, apabila berhadapan dengan ujian, jangan buruk sangka sebaliknya hadapinya dengan redha serta keyakinan bahawa selepas kesusahan itu akan ada kemudahan menanti.


Pada hari Isnin minggu depan bermula la semester baru, Semester 6 bagi Kuliyyah Syariah tahun 3. Alhamdulillah, ana dah setel kan pendaftaran kursus untuk semester 6.. pada semester kali ini, 6 madah dengan 15 jam kreadit untuk kuliyyah ana tetapi ana dan beberapa org sahabat ana menambah 1 madah lagi dari kuliyyah B.Arab (madah elektif) iaitu madah Al-Tarjumah. Semoga dalam penggal pengajian kali ini ana dan sahabat-sahabat seperjuangan akan terus maju kehadapan dan dikurniakan Allah S.W.T ilmu dan amal yang bermanfaat.

Tanda-tanda bermula semester baru :
* Riak muka pelajar-pelajar KUIN sungguh bersinar2 seperti……(fikir sendiri la ye)
* Kuliyyah pertama akan sentiasa menjadi kuliyyah yang paling penuh bagi setiap semester.
* Pelajar-pelajar tidak terasa tension kerana mereka yakin lecturer tidak akan mengajar secara serius lagi.
* Pelajar2 tidak henti bertanya result kepada sahabat2 mereka.
* Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA),Bendahari, Bilik Dekan Kuliyyah dan PA akan dikerumuni oleh pelajar-pelajar dengan masalah masing-masing.
* Ada lagi tanda-tanda yang tak dapat disenaraikan atas sebab “hilang idea”
* Oleh itu, anda berpeluang untuk menambah tanda-tanda menurut pandangan anda.hehe

Ana akhiri kalam ana yang sederhana ini dengan doa...





Ameen......
Wassalam...
MuJaHiDaH

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat.
Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:
"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."
Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Wassalam...
MuJaHiDaH

KHAS BUAT SAHABAT2 DAN ADIK2 SEPERJUANGAN

Sahabat2 dan Adik2 seperjuangan....

Lihatlah nun di sana,
Islammu kini ketandusan pembela bersama sendu mengalir lesu,
Tertunggu-tunggu Mujahid dan Mujahidah baru,
Kembangnya kini diulit sepi,
Tiada lagi mujahid dan mujahidah yang sejati.

Sahabat2 dan Adik2 seperjuangan...

Khidmatmu dinanti,
Ummah derita engkaulah pengubatnya,
Budi pekertimu penawar sengsara,
Penyeri islam dan tamannya,
Yang bakal menggoncang dunia.


Namun ingat wahai Sahabat2 dan Adik2 seperjuangan...

Ilmu perlu dicari,
Sebagai bekalan dalam perjuangan nanti,
Pembimbing diri daripada taghut dibenci,
Tuntutlah seikhlas hati.


Sahabat2 dan Adik2 seperjuangan...

Teguhkan iman taqwamu di hati,
Taqarrubillah takhta peribadi,
Amalmu menjadi bukti,
Sabarmu dikagumi pasrah pada ilahi,
Redha menghadapi mehnah rabbul 'izzati,
Usah ditangisi takdir yang sudah pasti.

Pengorbananmu kan disanjungi,
Berbekalkan iman, taqwa, sabar dan redha,
Berilmu, beramal, berkhidmat dan berjuang,
Berkorban agar islam kan gemilang,
Bersama mujahid dan mujahidah islam takkan sepi,
Subur disirami harum mewangi,

Engkaulah mujahid dan mujahidah sejati....
MuJaHiDaH
MuJaHiDaH


Assalamualaikum... Alhamdulillah,segala puji bagi Allah SWT,Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam yang tiada hentinya buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..Semoga Allah selalu melimpahkan rahmat serta hidayah kepada baginda serta seluruh keluarga dan sahabatnya... Ameen...
Ketika diri seorang mujahidah ini hilang arah haluan,Allah mengutuskan melalui makhluk2nya untuk mengingatkan ana tentang tujuan hidup di dunia.

“Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mukminun :115)

Tidak,kita bukanlah diciptakan dengan sia-sia.Allah tidak menjadikan kita hidup di dunia ni saja-saja..Ada misi dan visi yang perlu kita laksanakan.Persoalan ini tidak mungkin dapat dijawab tanpa panduanNya.Justeru itu, Allah Yang Maha Penyayang menyedikan jawapannya..

“Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku” (az-Zariyat:56)

Skrg tahulah kita untuk apa kita diciptakan.Macam mana nak sentiasa beribadah tu? Assignment atau bahas2 yg banyak,sibuk dengan kelas lagi,kena buat nota dan study nak exam lagi,sibuk dgn jawatan2 yg diamahkan lagi,nak masak,basuh baju,dah penat rasa nak tido pulak..mana sempat nak duduk atas sejadah atau baca Al-Quran ja? Semua itu cuma alasan. Macamlah Allah tak tahu kita perlu buat benda2 tu.Allah itu kan Maha Mengetahui.

Konsep ibadah itu sangatlah luas merangkumi segenap aspek kehidupan manusia. Duduk,berdiri,berbaringnya kita boleh jadi ibadah selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam dan ikhlas kerana Allah. Study dengan niat ikhlas untuk menuntut ilmu Allah kerana perjuangan Islam adalah ibadah,senyum pada orang lain dan membuatkan hatinya gembira juga ibadah,mandi dengan niat membersihkan diri untuk beribadat kepadaNya juga ibadah,memasak dengan hati ikhlas menjamu orang lain makan itu ibadah apatah lagi utk org berbuka,basuh baju untuk membersihkan kekotoran bg memudahkan kita untuk bersolat juga ibadah,tido dengan niat mengumpul semula tenaga bagi melakukan amalan kebaikan juga ibadah..Pendek kata,hidup seharian ini penuh dengan ibadah2 sekiranya kita niatkan segala amalan itu Lillah Taala.

Sabda Nabi Muhammad SAW, mafhumnya : (Sesungguhnya setiap amalan itu beserta dengan niat)

Allah Maha Pemurah dan tahu prinsip akan diri hamba-hambanya..malah lebih mengenali kita melebihi diri kita sendiri. CintaNya Dia pada kita terbukti pada firmanNya:
“Barangsiapa berbuat kebaikan mendapat balasan sepuluh kali lipat amalnya.Dan barangsiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya.Mereka sedikitpun tidak dirugikan (dizalimi)” (Al-An’am:160)

Indahnya hidup ini andai kita berpegang teguh dengan syariat Allah.Tidaklah menjadi sia-sia hidup di dunia ini..Tidaklah kita kembali pada Allah dalam keadaan muflis tanpa bekalan.Sudahlah kita tidak kaya dengan harta di dunia,tapi biarlah kita kaya dengan amalan untuk kehidupan di akhirat.
“Katakanlah, sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,Tuhan seluruh alam” (Al-An’am:162)

Hidup di dunia ini terlalu singkat untuk dipersiakan.Modal umur,kesihatan dan masa yang Allah berikan hendaklah digunakan sebaik-baiknya supaya kita menjadi ‘ahli perniagaan’ yang berjaya.Agar keuntungan berlipat ganda di alam akhirat yang abadi dapat kita rasai nanti.

Sesungguhnya hamba yang hina ini cukup tahu,bercakap atau menulis itu lebih mudah dari melakukannya.Kerana cabaran dalam diri dan kehidupan dunia ini sangatlah berat menolak kita jauh dari tujuan.Moga-moga dengan ilmu,kesungguhan untuk mencari keredhaanNya,dan hidayah dari Allah,dapatlah kita sama2 kembali padanya dengan senyuman.
“Setiap yang bernyawa akan merasai mati.Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan.Dan kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (Ali Imran:185)


Ya Allah,jadikanlah umur terbaik hamba di penghujungnya,jadikanlah amal terbaik hamba di penutupnya, dan jadikan hari terbaik hamba pada saat bertemu denganMu…Amin

Ya Allah Tuhan kami, sucikanlah hatiku dari kemunafikan dan sucikanlah amalku dari riyak dan sucikanlah lisanku dari berdusta dan sucikanlah mataku dari khianat, kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui pandangan mata yang khianat, dan apa yang disembunyikah oleh hati...

Pesanan ana kepada sahabat2 pilih lah haluan yang tepat untuk menempuh liku-liku kehidupan yang fana ini... Semoga haluan kita diredhai Allah SWT... Wassalam
MuJaHiDaH


Assalamualaikum.... kepada sahabat-sahabat sekalian... Alhamdulillah sampai saat dan detik ini kita di izinkan oleh Allah s.w.t lagi untuk bernafas di bumiNya, dan dia anugerahkan nikmat Iman dan Islam... dan di kesempatan yang ada ini jugak ana nak berkongsi sedikit tentang zakat perniagaan yang ana belajar dalam kuliyyah syariah tahun 3 skrg ni... madah Qodoya Mu'asirah, ada segelintir pelajar yang mengatakan tajuk ini tidak penting dan tiada kaitan dengan kita.... Tapi bagi pandangan ana, ilmu tentang zakat perniagaan ini penting dan merupakan salah satu isu yang tergolong dalam masalah masa kini, walaupun kita bergelar pelajar sekarang ini dan kita tidak buat apa2 perniagaan... InsyaAllah mungkin suatu hari nnt, sahabat-sahabat ana dari Kuin, Mesir, Syiria, UKM, UM, UIA, UUM dan IPT2 yang sama waktu dengannya menjadi seorang Usahawan terkenal di Tanah Air...Ameen... Jadi apabila cukup syarat2 nya, wajib lah mengeluarkan zakat mengikut kadar tertentu... Jesteru itu, sama-sama kita memahami apa yang ana nak sampaikan ini walaupun sedikit....


ZAKAT HARTA PERNIAGAAN

Taksiran barang-barang Perniagaan adalah wajib dijalankan oleh setiap peniaga Islam untuk menentukan nilainya yang akan dijadikan zakat mengikut kadarnya yang tertentu. Dalam hal ini, semua barang-barang Perniagaan hendaklah dinilaikan apabila sempurna syarat-syarat wajib zakatnya.
Yang dimaksudkan dengan barang-barang Perniagaan ialah semua harta benda Perniagaan yang diniatkan untuk tujuan berniaga dan dijadikan barang-barang Perniagaan atau perdagangan seperti barang-barang runcit, makanan, minuman, pakaian, kenderaan, pelbagai alatan dan lain-lain.

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN
i. Islam.
ii. Sempurna Milik (kepunyaan mutlak).
iii. Merdeka.
iv. Genap setahun Perniagaan dijalankan (cukup haul).
v. Cukup Nisab pada tarikh Perniagaan itu sampai haul (genal setahun). Nisab Perniagaan adalah sama dengan nisab zakat wang.

KADAR ZAKAT YANG WAJIB DIKELUARKAN
Kadar zakat Perniagaan yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada semua nilaian harga barang-barang yang diperniagakan pada tarikh cukup setahun Perniagaan dijalankan.

PERATURAN MENGELUARKAN ZAKAT PERNIAGAAN
Untuk mengeluarkan zakat Perniagaan, penilaian semua harga barang-barang yang ada pada masa genap setahun perjalanan Perniagaan hendaklah dilakukan. Dalam masa penilaian itu dibuat, hendaklah dimasukkan/ dicampur wang tunai dalam tangan, wang dalam bank, hutang dalam tangan orang (jika terjamin bayarannya) dan wang pusingan-wang pusingan lain.
Sekiranya jumlah dari keseluruhan barang-barang tersebut telah menyamai/melebihi kadar nisab (RM2699.01 sen bagi Tahun 1993 di mana nilai ini berubah-ubah mengikut harga pasaran emas semasa), maka zakat sebanyak 2.5% atau 1/40 dari jumlah tersebut wajib dikeluarkan.

KETENTUAN PERNIAGAAN
i. Pemilikan yang sah
ii. Niat berniaga
iii. Cukup nisbah pada akhir tahun
iv. Cukup haul
v. Bebas dari tanggungan hutang

Pemilikan yang sah
Peniaga adalah terdiri daripada orang Islam dan telah memiliki satu-satu perniagaan itu secara sah mengikut penilaian Syariat Islam, samada melalui usaha sendiri, pemberian seseorang atau melalui perwarisan.

Niat Berniaga
Bagi menentukan wajib atau tidak mengeluarkan zakat perniagaan, mestilah dilihat dari DUA unsur utama iaitu Niat dan Amalan. Niat iaitu untuk mendapat keuntungan, manakala Amalan ialah berlakunya jual beli. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama. Niat haruslah berterusan tanpa berubah sebelum sempurna haul serta sampai nisabnya.

Cukup Nisab Pada Akhir Tahun
Diwajibkan zakat apabila nilai perniagaan mencukupi nisabnya. Dalam konteks ini, adalah seharusnya ditarik perhatian kepada barangan perniagaan yang dikenakan zakat, iaitu ia adalah barangan yang boleh dipernilaikan dengan matawang. Sebahagian besar ulamak Islam berpendapat bahawa nisab harta perniagaan adalah dirujuk kepada nilai matawang yang bersandarkan kepada kadar Emas dan Perak :

Emas 20 misqal @ 25.2259
@ 85 gram = 2.5% @ 1/40 (Tahun Qamarriyah)
= 2.577% (Tahun Masihi)
Perak : 200 dirham @ 176.5913 mayam
@ 6.9732 saga @ 595 gram = 2.5% @ 1/40 (Tahun Qamarriyah)
= 2.577% (Tahun Masihi)

Mengikut Mazhab Shafie ada tiga pendapat dalam menentukan di peringkat manakah seharusnya nisab itu wujud:
a) Sempurna nisab pada akhir haul sahaja.
b) Sempurna nisab sepanjang haul dari awal hingga akhir haul.
c) Sempurna nisab pada awal dan akhir haul dan tidak di tengahnya.

Ketiga-tiga pendapat tersebut dikira sempurna dan yang muktamadnya ialah pendapat (a) di mana sempurna nisab pada akhir haul sahaja kerana nisab bergantung kepada nilai barangan dan untuk menilai pada setiap masa adalah suatu kerumitan.

Cukup Haul
Haul bagi zakat perniagaan ialah genap setahun menjalankan perniagaan, dari waktu membeli barangan dengan niat untuk diperniagakan. Tahun yang dikira ialah :
i. Tahun Hijrah 354 hari - Kadar wajib 2.5%
ii. Tahun Masihi 365 hari - Kadar wajib 2.577%
Bebas Dari Tanggungan Hutang
Maksudnya harta perniagaan yang diambil kira cukup nisab itu ialah setelah ianya ditolak (dikurangkan) tanggungan Hutang Perniagaan.

HARTA TAMBAHAN
a. Harta dari hasil usaha
Harta hasil usaha yang diperolehi dari pertumbuhannya umpamanya daripada keuntungan perdagangan, maka ia adalah mengikuti sumbernya dalam tahun dan zakatnya.
Dengan itu sesiapa yang mempunyai barang-barang dagangan, yang sampai satu nisab, lalu barang-barang itu menghasilkan keuntungan, wajiblah ia mengeluarkan zakat terhadap semuanya baik dari sumber, mahupun dari hasil usaha (iaitu untung). Dalam hal ini tidak ada pertikaian ulamak.

b. Harta Hasil Pemberian dan Sebagainya
Harta tambahan yang sejenis dengan harta nisabnya tetapi bukan merupakan cabang atau berkembang daripada harta asalnya, misalnya diperolehi daripada hasil pembelian aau warisan, berkata Abu Hanifah mengenai ini:" Hendaklah digabungkan harta tambahan itu kepada herta nisab, diikutkan kepadanya dalam tahun dan dalam zakat, seta dizakatkan bersama-sama".

Setakat ini saja dari ana, moga-moga dengan sedikit ilmu ini dapat difahamkankan dan diamalkan...Insya Allah...
WAALLAHU 'ALAM.. Jangan lupa doakan untuk kejayaan ana dan sahabat-sahabat kita...
MuJaHiDaH
Assalamualaikum…. Walaupun kesibukan tugasan demi tugasan dan exam yang hampir tiba tidak lama lagi. Ana nak berkongsi satu pengalaman yang paling seronok.. walaupun sudah 3 tahun ana berada di Alor Star ni tapi tidak pernah pun berziarah ke rumah pensyarah2 Insaniah. Alhamdulillah, pada 16 Okt 2009 bersamaan 27 Syawal 1430H, ana berkesempatan untuk berbuat bakti kpd doktor2 yang mengajar ana di dalam kuliah di Insaniah. Untuk dapat keberkatan ilmu la katakan…hehe Ana dan 10 org sahabat2 pergi ke kediaman doktor2 Arab dan Staf2 Insaniah di Kuarters Pendidikan… Bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pd jam 6.00 ptg. Walaupun tidak cukup 24jam tapi ana dapat merasakan betapa seronoknya join majlis bersama-sama doktor2 dan menziarahi doktor2 di rumah mereka.. Dan bertepatan dgn sabda Nabi s.a.w : “ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara ”. Jadi jelaslah di sini, walaupun berbeza bangsa tetapi ukhuwah tetap terjalin sebab sama-sama sujud kearah satu kiblat yang sama. Pada waktu pagi kami dan penghuni kuarters yang kebanyakkan staf2 Insaniah bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar kuarters dan surau. Apabila suasana kuarters sudah kelihatan cantik dan ceria. Kami pun berhenti dan terus berehat… Pada jam 2.30 ptg, selepas muslimin pulang dari solat jumaat, aktiviti diteruskan dgn jamuan, sambil menjamu selera penyampaian hadiah diadakan utk pasangan penganti baru berkahwin dan pasangan yang baru mendapat cahaya mata, yang tinggal di kuarters sahaja. Dipengerusikan oleh Ust.Aqli dan juga merupakan penghulu di kuarters tersebut dan hadiah disampaikan oleh DR. Hashim. Selepas semua aktiviti selesai, ana dan sahabat2 berkesempatan berkunjung di rumah Dr. Fathy. Emm ingat mirath la plak..hehe Doktor2 lain berjumpa di surau ja… Ana kagum sgt melihat doktor2 Arab memuliakan tetamu yg hadir.. bestnya berada di situ…

Inilah kediaman doktor2 & staf Insaniah..

fauziah, k.natroh, f.fizah n ana

Staf2 muslimin Insaniah

Staf Insan Fasih & Ustazh Azlina dan anaknya (Aisyah)

Ana bersama anak2 Dr. Syaaban

Ustazah Zainab dan anaknya

Dr.Abdul Salam, Dr.Mamduh, ana & K.fizah

Bersama Dr.Hashim di surau


Setakat ini saja yg ana dapat kongsikan utk pengunjung blog ana…Jazakallah khairan jazak kepada semua doktor2 dan staf2 Insaniah dengan layanan yg diberikan… Wassalam…
MuJaHiDaH

Assalamualaikum...
14 Okt 2009 bersamaan 25 Syawal 1430H, Alhamdulillah… syukur dipanjatkan kpd Allah s.w.t kerana masih lagi diberi nikmat Iman & Islam sampai saat ini. Terlupa ana untuk mencoretkan kenangan manis dan makluman tentang Majlis Mesra Adilfitri yang dianjurkan oleh Gabungan Alumni Yayasaan Khairiah (GAYA) tempoh hari. Mungkin ana terlalu sibuk dengan imtihan yg akan menjelang tidak lama lagi… Ini merupakan kali ke-2 ana berkesempatan utk join program sebegini yang diadakan setiap tahun. Ia bertujuan mengeratkan lagi ukhuwah diantara Alumni2 YK dimana jua berada khususnya di KUIN. Walaupun ana yakin semua alumni2 YK dari semua IPT di dalam Negara hingga lah ke Timur Tengah pasti akan mengadakan program sebegini….Alhamdulillah… Dan pada setiap tahun juga, GAYA akan akan mengadakan Ijtima’ Kubra yang bertempat di SMA(A) Yayasan Khairiah… Panjangnya muqaddimah..hehe Dikesempatan ini, ana nak berkongsi pengalaman ana sewaktu join program tersebut yang bertempat di Blok D bilik D1-2,KUIN. Bermula pada pukul 6ptg hingga 10 mlm. Antara pengisian2 yg diadakan adalah ucapan pengerusi majlis oleh saudara Hazwan, alunan bacaan ayat suci Al-Quran oleh saudara Alwie, ucapan pengarah iaitu saudara mustaqim, ucapan pengerusi alumni YK di KUIN iaitu Saudara Ibadur Rahman, cabutan bertuah, cenderahati utk tokoh2 terpilih, jamuan aidilfitri, solat maghrib brjemaah di DSAF, bacaan yasin, solat hajat utk exam, solat isyak, post-mortem dan salam wida’. Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Seramai 130 alumni yg berada di KUIN berkesempatan utk bersama- sama dlm majlis ini. Inilah yg membuatkan ana terkenang kembali pengalaman lama ketika di YK dan ia merupakan pengalaman yg sungguh berharga.. Antara tetamu VIP yg diundang dan merupakan alumni YK adalah Ust.Aqli, Ust.Azizi, Ust.Mansor dan Ust.Rahimin.. Suasana pada majlis tersebut sgt meriah dgn tayangan slide show bertemakn ukhuwah alumni Yk dan bertujuan mengimbas kembali kenangan2 manis semasa di Bumi Yayasan… Ini gambar2 sewaktu majlis tersebut.. saksikan!!!





Akhirnya majlis alumni ini wlpn nampak sederhana tetapi berjaya menghimpunkan semula sahabat2 yg lama terjalin. Ana harap hubungan kita tidak putus setakat kita habis di YK saja. Dikesempatan ini jg, ana mewakili Exco GAYA dan Adhoc program mengucapkan jutaan terima kasih kpd sahabat2 yg byk memberi komitmen utk majlis ini dan memohon maaf seandainya ada silap dan salah… Semoga ukhwah Islamiah kita kekal selamanya… Insya ‘Allah dan semoga bertemu lagi..
Wassalam…