MuJaHiDaH



Seperti cendawan tumbuh selepas hujan

Alam maya tidak dapat tidak, telah banyak mempengaruhi cara hidup kita masa kini, terutamanya terhadap golongan generasi X dan generasi Y kita yang pintar IT dan dirasakan tidak dapat hidup tanpa perkhidmatan internet di tangan mereka.

Jika dahulu kita biasa dikagumkan dengan kelebihan sistem Friendster atau Circle 99, sekarang sudah ada bermacam-macam sistem ‘hubungan alam maya' (social networking websites) yang pada asasnya bertujuan membantu kita kekal berhubung dengan kawan lama yang sudah bertahun-tahun terputus hubungan, juga keluarga dan saudara-mara yang berada jauh di mata. Turut digilai adalah aktiviti blogging atau diari maya (online diary).

Kelebihan-kelebihan yang disediakan termasuk berkongsi gambar, video, menghantar pesanan secara maya (online message), serta permainan-permainan secara maya (online games).

Tujuan tulisan ini ditulis adalah untuk mengajak pembaca merenung sejenak, apakah batasan-batasan yang patut digaris oleh para pengiat alam maya, sejauh mana maklumat peribadi patut dikongsi dan kebaikan/keburukan yang boleh muncul daripada aktiviti ini dan impaknya kepada iman, ‘amal dan imej seorang muslim.


Kebiasaan Perlakuan Penggiat Alam Maya

Ini adalah kebiasaan yang dilihat dilakukan oleh kebanyakkan penggiat alam maya:

* Berkongsi maklumat diri
* Berkongsi gambar/video
* Bermain permainan maya
* Menulis aktiviti harian/mencurahkan perasaan hati (diari maya)
* Menulis pendapat tntang isu semasa
* Bertukar pendapat/berforum, dll

Tujuan Tidak Menghalalkan Cara

Seperti yang digariskan tadi, antara tujuan-tujuan yang biasa dikemukakan adalah:

* Mencari rakan belajar/kenalan-kenalan yang terputus hubungan
* Mencari kawan baru di alam maya
* Sebagai tempat meluahkan perasaan/melepaskan tekanan (permainan maya, diari maya)
* Bertukar-tukar maklumat

Sebagai Seorang Muslim

Tidak dapat tidak, kita hendaklah sentiasa bermuhasabah terhadap segala tindak-tanduk kita dengan tatasusila Islam. Ini kerana Islam adalah cara hidup kita, bukan hanya di hati sahaja, tetapi juga di tangan kita, di mata kita, di minda kita, di jari-jemari kita, di pakaian kita, dan juga di alam maya kita.

Ana menyeru agar kita meletakkan visi yang jelas dan terang dalam mengambil peluang terhadap segala kecemerlangan teknologi maya ini untuk:

* Memperluaskan lagi ilmu pengetahuan kita untuk pembangunan manusia:
o ilmu al-quran
o ilmu hadith
o ilmu feqah
o ilmu sejarah
o ilmu teknologi, dll
* Mempamerkan keagungan sejarah islam kita
* Berdiskusi secara sihat tentang:
o isu-isu semasa di tanah air
o masalah-masalah sosial masyarakat islam
* Berkongsi maklumat tentang saudara-saudara kita di Negara-negara Islam lain
* Membuat kutipan dana untuk membantu saudara islam kita, tempatan mahupun di luar Negara
* Mempromosikan aktiviti-aktiviti islami yang diadakan di masjid-masjid, dewan-dewan, padang-padang, sekolah-sekolah dsb.
* Menghasilkan karya-karya yang menyentuh minda dan menyemarakkan iman dan menggalakkan ‘amal
o Gambar
o Video
o Tulisan
o Ucapan, dsb
* Membentangkan rancangan musuh-musuh dalam menjatuhkan maruah manusia ke lembah kehinaan
* Dll


Anda Adalah Apa yang Anda Lakukan

Semua orang ingin berjaya, semua orang ingin dikenali. Percayalah, hanya di sisi Allah s.w.t lah yang seharusnya kita sasarkan kedudukan kita. Apabila anda telah tetapkan visi dan misi anda berkecimpung dalam aktiviti alam maya, anda akan tahu batasannya, kerena ia sepatutnya bukan tentang anda, tetapi tentang visi dan misi anda. Semoga penglibatan anda di medan maya memberi impak maksima terhadap iman, ‘amal dan imej seorang muslim di mata dunia.


Waallahu'alam... Wassalam...
MuJaHiDaH


Assalamualaikum...

Lets Discuss 4 anjuran Biro Akademik akan berlangsung pada :
21 Mac 2010 (Ahad)
Jam 9.00 malam
Bertempat di D 1-2, D1-3.

Antara kumpulan yang akan berdiskusi pada malam tersebut, ialah :

1) IMTIYAZ (TAHFIZ)

Tajuk : “ HEWI dibawah pimpinan Ustazah Zamilah kelihatan lesu dan kosong. Kalau nak banding Sisters In Islam (SIS) pun lebih “gah”, macam tu masyarakat tak tengok la nanti, baik tengok SIS je…” Apa pendapat anda dengan komen ini? Bincangkan tentang pergerakan HEWI, benarkah lesu? Katanya untuk siswazah Islam, tapi orang tak nampak pun perkembangan? Hanya sekadar program macam program2 lain? Bincang!

PEMBENTANG :

1. NOR AKIDAH BT. ISA

2. HAKIMAH BT. ABD. HAMID

3. NURUL AFIQAH BT. AHMAD

4. SITI ESAH BT. ABDULLAH

5. MARIYATUL QIBTIYAH BT. MOHAMAD

6. NOR HIDAYAH BT. ZAINI


2) MUJAHIDAH SOLEHAH


Tajuk : Sistem Pendidikan INSANIAH rigid dan sempit? Hanya hafal kemudian jawab untuk periksa dan dapat pointer tinggi? Apa gunanya? Bincang!

PEMBENTANG :

1. SITI MASYITAH BT. ABU SIRIN

2. NUR NUSHAIBAH BT. MOHD ABAS

3. NOOR HAZWANI BT. MD ROSLAN


3) ANSORULLAH TEAM

Tajuk : Perarakan Maulidur Rasul menjadi kontroversi apabila Pulau Pinang didakwa cuba melarang perarakan tersebut. Johor, Perlis dan Pahang juga membuat keputusan untuk tidak mengadakan sebarang perarakan pada Maulidur Rasul. Apa pendapat anda? Bincangkan !

PEMBENTANG :

1. HUMAIRA’ BT. MOHD ISA

2. FAUZIAH BT. HASHIM

3. SALBIAH BT. ABDULLAH

4. SITI ZUBAIDAH BT. ABDUL KADIR

5. NUR IFFAH ANATI BT. MOHD SAPIAN


Penampilan Istimewa dari : KEMUDI TEAM

Tajuk : “ Giler glamour”



P/s : Ayuh ajak sahabat-sahabat kita untuk saksikan Diskusi ini untuk manfaat bersama, InsyaALLAH.


MuJaHiDaH


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

AL-QURAN MENJAWAB :

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, " Kami telah beriman", dan mereka tidak diuji?. Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti menyetahui orang-orang yang benar dan pasti menyetahui orang-orang yang dusta"
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

AL-QURAN MENJAWAB :

"... Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

AL-QURAN MENJAWAB :

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST ?

AL-QURAN MENJAWAB :

"Dan Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yg beriman".
(Surah Al-Imran ayat 139)


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

AL-QURAN MENJAWAB :

"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap- siaga ( di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.
(Surah Ali-Imran ayat 200)

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

AL-QURAN MENJAWAB :

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat, kecuali kepada bagi orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

AL-QURAN MENJAWAB :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka... ?
(Surah At-Taubah ayat 111)


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

AL-QURAN MENJAWAB :

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

AL-QURAN MENJAWAB :

"....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa
dari rahmat Allah, hanya lah orang-orang yang kafir."
(Surah Yusuf ayat 87)

Segala dugaan yg terjadi adalah ujian daripada Allah SWT kpd hamba2-Nya yang soleh agar diri menjadi lebih tabah........
semoga kita semakin semangat dalam menjalani setiap episode kehidupan yang dipersembahkan-Nya dengan segala cinta...

Waallahu'alam... wassalam...


MuJaHiDaH

Assalamualaikum..

Lets Discuss 3 anjuran Biro Akademik akan berlangsung pada :
14 Mac 2010 (Ahad)
Jam 9.00 malam
Bertempat di D 1-2, D1-3.
Antara kumpulan yang akan berdiskusi pada malam tersebut, ialah :

1) DEENS WARRIOR TEAM

Tajuk : Institut Agama serta mufti-mufti kita kolot dan konservatif?
Bincangkan isu ini!


PEMBENTANG :

1. ROSFADZILLAH BT. M.YUSOF

2. NUR HIDAYAH BT. NASIR

3. NOOR MUMTAZAH BT. HASHIM

4. JUHIDA BT. AHMAD

5. SURAYDA BT. MUGA


2. SOUTUN NISA’ TEAM



Tajuk : Kes liwat Dato' Seri Anuar Ibrahim telah terbar luas didada akhbar. Pelbagai pendapat tak kira dari golongan agama mahupun professional memenuhi ruang blog dan berita. Bincangkan kes ini dari awal hingga akhir menurut perspektif syariah dan syari'e.


PEMBENTANG :

1. UMUS ALIFAH BT. SULAIMAN

2. JAMILAH BT. ABD KADIR

3. NURUL NABILAH BT. AZAN NAZLI

4. AMIRAH BT. MOHD TAJARI

5. NOOR HAFIZAH BT. OTHMAN


3. HURUL AIN TEAM


Tajuk : Zaman ini zaman “Perempuan”! Lelaki sudah hilang identity? Muslimat jadi presiden MPM BAGAIMANA? Perempuan banyak yang lebih layak dan menjalankan tanggung jawab? Benarkah? Kenapa? Penyelesaiannya?


PEMBENTANG :

1. SYAMIMI BT. SAMSUDIN

2. KHAIRUNNISA' BT MOHAMAD

3. SALSABIL BT. ZUKEFLI

4. 'AISYAH BT. ABD HADI

5. NOOR AQILAH BT AHMAD

6. SOFIANA BT MANSOR




P/s : Ayuh ajak sahabat-sahabat kita untuk saksikan Diskusi ini untuk manfaat bersama, InsyaALLAH.