MuJaHiDaH

Apa yang dimaksudkan dengan organisasi?

Dari segi bahasa ialah kumpulan @ jemaah dimana mempunyai lebih daripada seorang.
Dari segi syara' pula bermaksud satu kumpulan yang menggerakkan dakwah.

Kenapa setiap muslim dituntut untuk berorganisasi?

1. Ia adalah sunnatullah sejak azali lagi.
2. Fitrah manusia itu sendiri berhajat kepada berkumpulan.
3. Manusia yang berperanan sebagai khalifah adalah untuk menjayakan konsep 'hablun minannas'.
4. Misi manusia adalah untuk melakukan kebaikan sesama manusia sebagai bukti kita adalah merupakan insan yang bersyukur.
5. Misi terbesar untuk mendirikan kerajaan Islam sedunia.
Jika dirujuk surah as-saff ayat 4 iaitu :

إن الله يحب الذين يثاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص
maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT amat mencintai mereka yang berjuang di jalan-Nya dalam keadaan Saf (berorganisasi) seumpama bangunan yang terbina kukuh."

ini sudah membuktikan bahawa Islam tidak suka akan perpecahan dalam melakukan sesuatu perkara. Cuba kita fikir tanpa adanya organisasi sejauh manakah kualiti dan kuantiti pencapaian dapat dicapai sekirannya ukhuwwah yang dicapai tidak disatukan dalam kehidupan organisasi ISLAM.


CIRI-CIRI ORGANISASI ISLAM?

1. Mempunyai matlamat yang jelas.
2. Sasaran amal tepat iaitu membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.
3. Perjuang ISLAM secara menyeluruh.
4. Bersedia menghadapi banyak ibtila' (ujian)

5. Kewujudan berterusan iaitu kerja yang sentiasa terus-menerus dan tidak dihapuskan. kata-kata
IMAN SYAHID AL-BANNA ''kita ini bagaikan rantai-rantai perjuangan,tiada permulaan,tiada akhir".
kalau boleh kerja dakwah ini sentiasa mekar sampai kiamat.

6. Tidak menjadi kesalahan jika kerja yang dilakukaan ia bercampur antara lelaki dan perempuan cuma batas-batas haruslalah dijaga, jangan sampai menimbulkan fitnah terhadap organisasi islam yang hendak diketengahkan dan sekali gus memburukan imej islam.


Dalam suruh al-Fatihah ayat 6 :
"tunjukilah kami jalan yang lurus".

Sila fokus kepada perkataan "KAMI" yang merujuk kepada ramai dan perkataan "SAYA" tidak digunakan kerana ALLAH cintakan hambaNYA yang berjemaah. Oleh itu umat Islam perlu bersatu di bawah satu organisasi supaya syiar Islam dapat dikembalikan. Cuba kita fikir tanpa organisasi sejauh manakah nilai kekuatan ukhuwwah dapat diikat jika nilai ukhuwwah yang dicari mempertikaikan kepentigan beroganisasi???

Adakah anda dapat bayangkan jika organisasi-orgasasi ISLAM tidak ada di muka bumi ini? Adakah objektif, misi dan visi yang diwarwarkan dapat diperjelaskan. Jadi marilah kita fahami mengenali apa itu organisasi islam yang sebenarnya:

Tuntutan Berorganisasi

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam memimpin umat Islam sebagai satu jemaah dan satu kesatuan serta mendirikan kerajaan Islam yang pertama bersama mereka. Ini diikuti oleh Khulafa' ar-Rasyidin di atas manhaj yang sama.
Imam as-Syahid Hasan al Banna di Mesir juga telah mengikuti manhaj yang sama dan melihat perlunya suatu jemaah untuk mencapai tuntutan ini dengan tujuan mendirikan kerajaan Islam dan mengembalikan khilafah Islamiah. Lalu beliau mengasaskan pertubuhan Jamaah Ikhwanul Muslimin yang mana antara tujuannya yang paling penting ialah untuk mendirikan Negara Islam yang akan menguatkan agama Allah dimuka bumi.

Seruan kepada kewajipan berorganisasi ini adalah berdasarkan dalil naqli (Al Quran dan Hadis)

Surah as-Saff ayat 14 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman,jadikanlah diri kamu pembela (agama Allah) sebagaimana (keadaan penyokong) Nabi Isa Ibnu Maryam (ketika)berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalanan) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?
"Penyokong-penyokong Nabi Isa menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah.('Setelah Nabi Isa tidak berada bersama mereka')maka sepuak daripada kaum Bani Israel beriman dan sepuak lagi tidak beriman.Lalu kami memberikan pertolongan kepada orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya ,jadilah mereka orang yang menang."
Islam mendidik kita melaksanakan ibadah dan syiar agamanya secara berjemaah.Tanggungjawab kita untuk melaksanakan kebaikan juga diperintahkan supaya menjauhi laranganNya.Semua ini adalah tidak lain dan tidak bukan wajib dilaksanakan secara berkumpulan atau berjemaah.
Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Huzaifah Bin al-Yaman radhiyallahu anhu berkata Rasulullah s.a.w:
"Wajib kamu bersama-sama jemaah muslimin dan pemimpin mereka." (Muttafaqun alaih)

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil.Maka jangan kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjemaah dan mencampuri orang ramai seperti menghadiri masjid."
(Hadis riwayat Ahmad Bin Hambal)

Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Barangsiapa yang memisahkan dirinya daripada jemaah sekadar sejengkal,sesungguhnya dia telah meninggalkan Islam daripada lehernya,sekalipun dia bersembahyang , berpuasa dan menyangka dirinya seorang Islam."
(riwayat al-Tarmidzi,al-Nasai, dan Ibnu Hibban.Dan berkata al-Hakim:Sahih menurut syarat al Bukhari)


Konsep Berorganisasi

1. Hendaklah ahli-ahlinya memahami dengan jelas Islam sebagai satu cara hidup. Bukan memahami Islam dalam bentuk-bentuk tertentu seperti ekonominya sahaja, pendidikan atau sebarang juzu’ daripada Islam. Kemudian, dengan kefahaman yang benar terhadap Islam, maka ia perlu menjadikan matlamat organisasi yang didokongnya ke arah Islam.

2. Mencapai matlamat badan dakwah yang telah disepakati. Sebarang usaha mencapai matlamat selain itu, maka ia akan memberi kesan kepada badan dakwah sendiri.

3. Menghormati ketua dan wala’ kepadanya. Tanpa wala’, akan timbul perpecahan di kalangan ahli dan menyebabkan matlamat tidak tercapai. Bahkan lebih teruk daripada itu mengakibatkan permusuhan.

4. Mempunyai pembahagian tugas dalam melaksanakan sebarang bentuk program. Ia penting agar semua ahli dapat memberi sumbangan dalam menjayakannya dan tidak timbul masalah mereka yang ‘escapisme’.

5. Mempunyai sikap bantu-mambantu antara satu sama lain.

6. Tidak mempunyai penyakit-penyaki hati seperti riya’, bangga, sombong, pentingkan diri sendiri, dengki dan menjatuhkan orang lain.

7. Mempunyai ukhuwwah yang mantap di kalangan ahli.

8. Selalu berbincang apabila timbul sebarang masalah.

9. Berkorban masa, tenaga, buah fikiran, harta dan sebagainya untuk membantu organisasi.


Nilai berorganisasi
“Setiap muslim dituntut mendengar dan mentaati pemimpin dalam perkara yang mereka suka ataupun benci melainkan jika disuruh melakukan maksiat, dan ketika itu tidak ada lagi tuntutan untuk dengar dan taat.”

Dalam waqi’ mahasiswa-mahasiswi yang jauh dari keluarga, persatuan adalah keluarga terdekat. Persatuan menjaga maslahah mereka dari segala sudut seperti tarbiah, akademik, kebajikan dan seumpamanya. Tugas persatuan adalah melaksanakan dan menjamin perpaduan di atas teras iman dan islam.

Di dalam berpersatuan, terdapat adab-adab yang perlu dijaga demi kejayaan persatuan yang diterajui. Di antara adab-adab tersebut ialah: memperbanyakkan memberi salam, demi mengukuhkan ukhuwah sesama anggota. Ukhuwah yang erat terbina sudah pasti membantu perjalanan sesebuah persatuan. Selain itu, anggota di dalam sebuah persatuan juga perlulah menjauhi sangkaan buruk sesama ahli dan ketua.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
”Dan jauhilah dari kebanyakan prasangka sesungguhnya sebahagian prasangka adalah dosa.”
{Surah Al-Hujurat: 12}

Ketaatan yang jitu perlu diberikan terhadap ketua yang telah diberi amanat untuk memimpin. Kepincangan di dalam organisasi akan berlaku sekiranya tidak ada ketaatan kepada pemimpin.

Allah s.w.t telah berfirman:
"Taatlah kamu kepada Allah, dan taatlah kepada Rasulnya dan juga pemimpin di kalangan kamu".

Seterusnya, adab yang perlu dijaga khususnya dalam mengawal perpaduan sesebuah organisasi adalah: memastikan kebenaran sesuatu khabar yang sampai kepada seseorang. Seseorang itu tidak boleh terus percaya khabar berita yang negatif yang boleh menggugat perpaduan yang sedang dibina.
Firman Allah s.w.t:
”Wahai mereka yang beriman jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, periksalah dengan lebih teliti dahulu.”
{Suran Al-Hujurat: 6}.

Persaudaraan di antara kaum Ansar dan Muhajirin merupakan contoh terbaik bagi penggerak dan pendukung perjuangan. Perpaduan di kalangan mereka telah menatijahkan kekuatan untuk Islam sehingga terbinanya Negara Madinah yang merupakan contoh kepada pembinaan negara rabbani.

Berbeza dengan dunia Islam di hari ini yang telah diuji dengan serangan dari musuh-musuhnya. Musuh-musuh islam dengan rakusnya telah menyerang umat Islam seperti mana yang berlaku di Afghanistan, Iraq dan Palestin. Apa yang paling menyedihkan kita adalah, apabila terapat di kalangan negara-negara sesama Islam sendiri telah bertindak songsang dengan menyokong serangan ini.

Semoga Allah menguatkan perpaduan kita dan sudah pasti perpaduan ini bermula dari komuniti yang kecil.

Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama islam. Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-cerai (pecah-belah dari kebenaran).”
{Surah Al-Imran: 102}.

Wallahu a'lam... Wassalam...
MuJaHiDaH

Assalamualaikum.. Baru-baru nie, 11 Jun 2010 bersamaan dengan 28 Jamadil Akhir 1431 Hijriah, umurku bertambah lagi. genaplah umur ana 22 tahun..'-_-

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana mengizinkan ana untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi-Nya ini sekaligus memberi ruang serta peluang untuk mengumpul apa yang patut dikumpul..

Alhamdulillah, dengan nikmat usia ini. :) Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak ayah, adik-beradik, saudara-mara, sahabat-sahabat dan semua yang wish kat ana. Walaupun sekadar menulis di wall facebook, YM, sms, call sambil nyanyikan lagu happy besday dan sebagainya, tapi ia amat berharga bagi ana. Ana amat menghargainya dan sangat gembira!^-^ Terima kasih juga atas doa-doa kalian. Semoga dimakbulkan Allah Taala..amin..

Semoga Allah merahmati kita semua..amin ya robbal ‘alamin.. :')

Kalau ikut kan nak post waktu tarikh besday, tapi terlalu sibuk dgn kerja2 n makan kenduri... hehe Tahniah!!! buat 3org sepupu ana yang melangsungkan perkahwinan pada cuti nie, semoga kekal ke akhirnya.. Amin..:-)

Bahagia, bersyukur kerana sudah diberi kesempatan utk hidup oleh Allah SWT untuk beribadah kepada-Nya, berdoa kepada-Nya, meminta kepada-Nya, mengeluh, bertaubat dan semuanya hanya kepada Allah SWT.

"Ya Allah semoga Engkau memberikan aku kekuatan, kehidupan, utk selalu dijalanMu, mengerjakan semua PerintahMu dan menjauhi semua LaranganMu, Tuntunlah aku agar selalu dalam JalanMu, Hindarkanlah aku dari semua godaan-godaan yang membuatku Jauh dariMu.

Dengan bertambah umur ini, Sedih rasanya kerana sudah berkurang satu tahun lagi sisa umurku….

Adakah amal ibadahku selama hidup ini Engkau terima dan adakah sudah menutupi semua dosa-dosa yang selama hidup ini aku perbuat..

"Ya Allah, Ampunilah semua Dosa-dosa yang kuperbuat selama hidup ini, ampunilah dosa2 kedua orang tuaku, ampunilah dosa2 Keluargaku, ampunilah dosa2 guruku dan ampunilah dosa2 sahabatku.. Bimbinglah kami untuk menuju Syurga yang Engkau janjikan kepada kami kaum muslimin wal muslimat.

Amiiin ya Robbal Alamin…

"Sekiranya anda mengetahui apa yang anda hadapi setelah kematian, Nescaya akan hilanglah selera anda untuk makan dan minum, dan anda tidak akan masuk ke dalam rumah untuk berteduh di dalamnya"

(Abu ad-Darda')

Wallahu'alam... Wassalam...