MuJaHiDaH
Assalamualaikum… Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yg telah mengizinkan kpd ana untuk bernafas sehingga ke saat akhir tahun 2010 ini beserta nikmat Islam dan Iman, disamping kesihatan yang baik dari segi anggota badan, pendengaran dan penglihatan…

selawat dan salam yang berterusan hingga ke Hari Qiamat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Hari ini bertarikh 31 Disember 2010, dan merupakan hari terakhir pada tahun 2010. Hanya beberapa jam saja akan tiba tahun baru iaitu 2011..

Sepanjang hidup ana, belum pernah menulis seluruh aktiviti harian selama setahun itu lengkap di dalam satu buku diari. Tapi, kalau menulis semuanya di dalam diari atau blog, untuk satu hari kelak kita akan membuka, melihat, membelek dan membacanya sendiri, lalu kita bakal senyum dan tertawa atas apa yang pernah kita lakukan. Itu untuk yang lucu.

Kalau ia pahit, tentu kita akan teresak sendirian mengenangkannya. Kalau manis, kita bakal senyum dan berimaginasi sendirian atau berkongsi dengan teman terdekat kita, itu memang sifat dan naluri manusia yang semula jadi. Tangis dan tawa, kecewa dan bahagia itu memang suatu lumrah dalam mengisi sifat manusiawi itu sendiri.

Memang la, menulis di dalam buku diari atau blog berkaitan aktiviti harian kita bukanlah suatu yang wajib bagi sesiapa sahaja. Ana pun tak pernah jumpa dalil yang mewajibkannya. Namun, ia hanyalah sekadar hobi dan teknik penulis untuk berlatih dan mengkreatifkan teknik penulisan, sambil menulis semua pengalaman dan peristiwa yang terjadi dan lintasan ilham yang tidak bakal kunjung pada setiap masa. Idea, ilham dan pengalaman dalam peristiwa yang dialami oleh setiap manusia sebenarnya adalah ilmu yang boleh dicurahkan sebagai nasihat, tazkirah dan dakwah dalam bentuk penulisan dan aliran kata.

Sebab itulah, ana juga cuba untuk sentiasa membawa buku diari atau membuka blog , lalu menulis apa saja yang terlintas di dalam fikiran dan pada setiap kejadian yang berlaku.

Seperti insan-insan yang lain pasti melalui kehidupan sepanjang 2010 ini dengan pelbagai aktiviti yang menggembirakan dan menyedihkan. Ana pun seperti insan lain yang menempuh pelbagai suka duka kehidupan yang fana ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"
(Surah Al-'Asr, ayat 1-3)

Alhamdulillah ana telah menggunakan masa dengan sebaiknya. Semoga ana dan semua tidak tergolong dengan orang2 yang rugi.. Secebis kenangan dari ana sepanjang 2010 yang ana dapat kongsikan dengan pengunjung blog ana adalah :

ni time abang kovenkesyen

Jalaludin Mahmud
Bachelor Of Bussiness & Marketing with Honours
UiTM Shah Alam

Semasa di tempat tanaman tomato Cameron Highland

Semasa perkahwinan pertama sepupu sebelah mak (Sobri & Atifah ) di Pulau Pinang


Ni time Dr Abd Salam nak pulang ke tanah air nya... jumpa doktor sehari sebelum dia bertolak ke Mesir.. syukran diatas semua ilmu yang telah dicurah kepada kami di bumi barakah Insaniah.

Ini lah family Biro Akademik MPM 09/10
syukran jazilah buat umayr, anisah, abg nan, kak mariyam, najwa, ust shah, fatimah, syamimi, ustaz nash, masufu, ust fadhil, ibtisam dan semua yang berada dalam BAKA 09/10, yang telah banyak membantu ana untuk segalanya.. inilah satu biro yang byk sangat pengalaman bg diriku ini... pengalaman pahit n manis... emm tapi rasa nya mcm pahit je banyak... hehe apa2 pun itu satu ujian semasa berada di medan perjuangan.. pa2 pun sangat best~ :-)
Semoga ukhwah family BAKA kekal selamanya... Ameen..


Ini bergambar dengan seorang aktivis yang berada di atas Kapal Mavi Marmara semasa beliau mengikuti Konvoi Misi Kemanusian ke Gaza.
Best sangat dengar cerita pengalaman dia semasa berhadapan dengan Rejim Zionis.. Israel Laknatullah... InsyaAllah ana akan menjadi sepertinya pada suatu hari nanti..
"syahid di jalan Allah cita-citaku...."


nie jalan-jalan di tesco selepas abis exam bersama fakriah, shida, buraidah, farhana, fadhlina n thoibah.. semoga persahabatan kita hingga ke akhirnya... ameen

Keluar shoping bersama k.kinah & k.nani, makan kejap di Restoran Secret Recipe
Sedaaaap...

Selamat Pengantin Baru buat Cg Zuhri & Maryam


bersama fateriah kat masjid teman kawan baik kami dan cikgu Zuhri (cg Matematik time SPM) akad nikah pada 20/11/2010


Selamat Pengantin Baru Buat Latifah & Khairi
Akad nikah pada 8/10/2010

Selepas abis exam sem 7, jalan-jalan ke perkampungan jawa Bagan Datoh... ermm macam duduk dekat Indonesia la waktu tu, semua org cakap.. satu perkataan pun ana tak faham.. cuma kawan je translate... thanks k.nani..hehe :-)

sebelem balik kedah, singgah kejap dekat Menara Condong...
mmg condong kan...

Bestnya warna warni kehidupan sepanjang 2010, rasa mcm nak lalui sekali lagi tapi memang MUSTAHIL la...... kalau bleh lalui kali ke-2... Alhamdulillah juga ana telah memanfaatkan masa yang Allah anugerahkan kepada ana dgn sebaik mungkin....


Semoga penulisan ana yang telah lalu, adalah berupa kebaikan dan bukan kerana sifat takbur, riak dan sombong diri. Ana juga merayu untuk semua di sekeliling ana supaya menegur setiap silap dan salah yg ana lakukan... Biasa la, ana manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...

Ana mohon dan berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada ana ketika menulis, bercakap dan beramal. Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati manusia, teguhkanlah jiwa-jiwa hamba-hamba-Mu ini di jalan yang lurus dan diredhaiMu.

"Selamat Menyambut Tahun Baru 2011"

Wallahu’alam...Wassalam......



0 Responses

Post a Comment