MuJaHiDaH
Assalamualaikum… Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yg telah mengizinkan kpd ana untuk bernafas sehingga ke saat akhir tahun 2010 ini beserta nikmat Islam dan Iman, disamping kesihatan yang baik dari segi anggota badan, pendengaran dan penglihatan…

selawat dan salam yang berterusan hingga ke Hari Qiamat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Hari ini bertarikh 31 Disember 2010, dan merupakan hari terakhir pada tahun 2010. Hanya beberapa jam saja akan tiba tahun baru iaitu 2011..

Sepanjang hidup ana, belum pernah menulis seluruh aktiviti harian selama setahun itu lengkap di dalam satu buku diari. Tapi, kalau menulis semuanya di dalam diari atau blog, untuk satu hari kelak kita akan membuka, melihat, membelek dan membacanya sendiri, lalu kita bakal senyum dan tertawa atas apa yang pernah kita lakukan. Itu untuk yang lucu.

Kalau ia pahit, tentu kita akan teresak sendirian mengenangkannya. Kalau manis, kita bakal senyum dan berimaginasi sendirian atau berkongsi dengan teman terdekat kita, itu memang sifat dan naluri manusia yang semula jadi. Tangis dan tawa, kecewa dan bahagia itu memang suatu lumrah dalam mengisi sifat manusiawi itu sendiri.

Memang la, menulis di dalam buku diari atau blog berkaitan aktiviti harian kita bukanlah suatu yang wajib bagi sesiapa sahaja. Ana pun tak pernah jumpa dalil yang mewajibkannya. Namun, ia hanyalah sekadar hobi dan teknik penulis untuk berlatih dan mengkreatifkan teknik penulisan, sambil menulis semua pengalaman dan peristiwa yang terjadi dan lintasan ilham yang tidak bakal kunjung pada setiap masa. Idea, ilham dan pengalaman dalam peristiwa yang dialami oleh setiap manusia sebenarnya adalah ilmu yang boleh dicurahkan sebagai nasihat, tazkirah dan dakwah dalam bentuk penulisan dan aliran kata.

Sebab itulah, ana juga cuba untuk sentiasa membawa buku diari atau membuka blog , lalu menulis apa saja yang terlintas di dalam fikiran dan pada setiap kejadian yang berlaku.

Seperti insan-insan yang lain pasti melalui kehidupan sepanjang 2010 ini dengan pelbagai aktiviti yang menggembirakan dan menyedihkan. Ana pun seperti insan lain yang menempuh pelbagai suka duka kehidupan yang fana ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"
(Surah Al-'Asr, ayat 1-3)

Alhamdulillah ana telah menggunakan masa dengan sebaiknya. Semoga ana dan semua tidak tergolong dengan orang2 yang rugi.. Secebis kenangan dari ana sepanjang 2010 yang ana dapat kongsikan dengan pengunjung blog ana adalah :

ni time abang kovenkesyen

Jalaludin Mahmud
Bachelor Of Bussiness & Marketing with Honours
UiTM Shah Alam

Semasa di tempat tanaman tomato Cameron Highland

Semasa perkahwinan pertama sepupu sebelah mak (Sobri & Atifah ) di Pulau Pinang


Ni time Dr Abd Salam nak pulang ke tanah air nya... jumpa doktor sehari sebelum dia bertolak ke Mesir.. syukran diatas semua ilmu yang telah dicurah kepada kami di bumi barakah Insaniah.

Ini lah family Biro Akademik MPM 09/10
syukran jazilah buat umayr, anisah, abg nan, kak mariyam, najwa, ust shah, fatimah, syamimi, ustaz nash, masufu, ust fadhil, ibtisam dan semua yang berada dalam BAKA 09/10, yang telah banyak membantu ana untuk segalanya.. inilah satu biro yang byk sangat pengalaman bg diriku ini... pengalaman pahit n manis... emm tapi rasa nya mcm pahit je banyak... hehe apa2 pun itu satu ujian semasa berada di medan perjuangan.. pa2 pun sangat best~ :-)
Semoga ukhwah family BAKA kekal selamanya... Ameen..


Ini bergambar dengan seorang aktivis yang berada di atas Kapal Mavi Marmara semasa beliau mengikuti Konvoi Misi Kemanusian ke Gaza.
Best sangat dengar cerita pengalaman dia semasa berhadapan dengan Rejim Zionis.. Israel Laknatullah... InsyaAllah ana akan menjadi sepertinya pada suatu hari nanti..
"syahid di jalan Allah cita-citaku...."


nie jalan-jalan di tesco selepas abis exam bersama fakriah, shida, buraidah, farhana, fadhlina n thoibah.. semoga persahabatan kita hingga ke akhirnya... ameen

Keluar shoping bersama k.kinah & k.nani, makan kejap di Restoran Secret Recipe
Sedaaaap...

Selamat Pengantin Baru buat Cg Zuhri & Maryam


bersama fateriah kat masjid teman kawan baik kami dan cikgu Zuhri (cg Matematik time SPM) akad nikah pada 20/11/2010


Selamat Pengantin Baru Buat Latifah & Khairi
Akad nikah pada 8/10/2010

Selepas abis exam sem 7, jalan-jalan ke perkampungan jawa Bagan Datoh... ermm macam duduk dekat Indonesia la waktu tu, semua org cakap.. satu perkataan pun ana tak faham.. cuma kawan je translate... thanks k.nani..hehe :-)

sebelem balik kedah, singgah kejap dekat Menara Condong...
mmg condong kan...

Bestnya warna warni kehidupan sepanjang 2010, rasa mcm nak lalui sekali lagi tapi memang MUSTAHIL la...... kalau bleh lalui kali ke-2... Alhamdulillah juga ana telah memanfaatkan masa yang Allah anugerahkan kepada ana dgn sebaik mungkin....


Semoga penulisan ana yang telah lalu, adalah berupa kebaikan dan bukan kerana sifat takbur, riak dan sombong diri. Ana juga merayu untuk semua di sekeliling ana supaya menegur setiap silap dan salah yg ana lakukan... Biasa la, ana manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...

Ana mohon dan berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada ana ketika menulis, bercakap dan beramal. Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati manusia, teguhkanlah jiwa-jiwa hamba-hamba-Mu ini di jalan yang lurus dan diredhaiMu.

"Selamat Menyambut Tahun Baru 2011"

Wallahu’alam...Wassalam......



MuJaHiDaH

Salam perjuangan kepada sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian...

Pertamanya marilah kita bersyukur pada Allah s.w.t pada waktu dan saat ini kita masih lagi dikurniakan nikmat dan hidayah daripada Allah s.w.t,


Marilah kita menimbang diri dan amal kita serta tindak tanduk yang kita lakukan kerana manusia yang CEMERLANG mampu menghitung dirinya tanpa perlu di paksa apatah lagi menunggu saat perhitungan di hadapan Allah s.w.t... :-)


Sebab itu manusia yang CEMERLANG akan sentiasa menghitung dirinya kerana perhitungan bagi orang cemerlang bukan sekadar mendapatkan kebahagian di dunia, bahkan MELIHAT POTENSI untuk akhirat...


Monolog :

Kita sering mengeluh dan bertanya....

“Kenapa itu???” “... kenapa nie?”


Kenapa la aku dapat course nie??? Dah la tak best... susah...

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Apa yang aku dapat kalu amek exam nie?? Serabutkan otak je...

“Sesungguhnya Allah telah memberi daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka”. (surah at-Taubah, ayat 111)

Ish, buntunya... tak tahu nak jawab soalan nie camne ??? sapa sudi nak tolong aku ???... ermmmm

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal”. (Surah at-Taubah, ayat 129)

Bila la minggu exam nie nak habis??? Tensen betul !!!

“ Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Surah al-Insyirah, ayat 6)

Huu... kenapa aku dapat pointer rendah je????!! Kenapa? Kenapa?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak menyetahui”. (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Tak nak lah sambung belajar... asyik fail jer.....

“ Dan jangan lah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”.

(Surah al-Imran, ayat 139 )

Aku tak tahan !!!! tak nak lah belajar lagi!!!

“... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada putus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”. (Surah Yusuf, ayat 87)

DOA LAH PENYELESAIAN SEGALANYA....

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Wallau'alam... Wassalam...

MuJaHiDaH
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.

HIDUP YANG BERMUSIM


Saya sangat selesa untuk mengibaratkan hidup kita ibarat putaran alam yang diwakili empat musim.
Ada musim panas, musim sejuk, musim bunga dan musim luruh.

Kehidupan kita ibarat musim-musim ini.
Kadang-kadang kita berasa sangat suka dengan sesuatu. Ketika itu, semua yang di sekeliling kita seperti sedang tersenyum. Seperti bunga yang memekar.
Pada masa yang lain pula kita terasa sangat membenci sesuatu. Alam terasa panas. Semua yang berlaku tidak dapat kita hadapi dengan ketenangan.
Ada juga masa kita berduka, sedih dan merana. Kala itu, hati serasa luruh. Bagaikan tiada kemanisan untuk terus hidup. Masa depan jadi gelap gelita.
Sangat menakutkan. Kepedihan akan bergema. Kepayahan terpercik ke segenap ruang.
Ketika itu, hanya mereka yang gagah hatinya akan bangun daripada kejatuhan.

MENGAKU KALAH BUKAN PILIHAN KITA


Dalam menghadapi semua jenis kehidupan ini, yang kebanyakannya manusia mengatakan dipenuhi kesuraman, hanya mereka yang berasa asing dengan istilah putus asa sahaja yang terus bergerak menjadi hebat.
Bukankah Thomas Elbert Edison tersalah sebanyak beribu kali sebelum mentolnya menyala?

Bahkan Konstantinople (Istanbul) sebagai kuasa besar dunia pada suatu ketika ditundukkan Sultan Muhammad Al-Fatih selepas cubaan demi cubaan yang dilakukan oleh umat Islam dalam bilangan yang bukannya sedikit, tetapi selama 800 tahun!

Itulah cerita orang-orang yang tidak mahu mengaku kalah.

Kisah kita bagaimana?
Apa kata kita mulakan kisah kita yang tersendiri. Kisah kita untuk diri kita tetap tinggi walaupun jatuh beribu kali.

‘Biar rebah tak akan menyerah’.

‘Kita ada Allah Maha Kuasa. Kita punya kuasa tenaga. Doa sebagai senjata. Umat Islam sentiasa boleh’.

KISAH ORANG BERIMAN. SIAPA PERCAYA?



Sebagai motivasi untuk memulakan kisah kita, apa kata kita renungkan sebuah cerita. Kisah manusia paling mulia bersama sahabatnya yang paling berat iman.

Kisahnya begini:

Ketika dalam perjalanan Hijrah nabi ke Madinah, baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan sahabatnya Abu Bakar Radiyallahu anhu duduk bersembunyi di dalam Gua Thur.

Namun pihak kafir Quraish mencari mereka sampai ke situ.

Ketika itu, Abu Bakar radiyallahu anhu yang melihat kaki-kaki Quraish ketika mereka sedang berdiri di muka gua itu menggeletar kerisauan.

Beliau yang bimbangkan nyawa Rasul berkata: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, kalau salah seorang daripada mereka melihat ke tempat letak kakinya, nescaya dia akan melihat kita."

Tapi apa jawab baginda nabi?

Baginda bersabda dengan ucapan yang sangat meyakinkan hati-hati yang mendengar.

Sabda baginda kepada Abu bakar, “apa pendapat kamu, jika kita berdua dan yang Ketiganya adalah Allah!”

Maka inilah kisah mereka. Kisah orang beriman.

Siapakah yang mahu percaya?

“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.. Surah At-Taubah ayat 40.

Wallahu'alam... Wassalam...
MuJaHiDaH

Tibalah saat dan waktu yang ditunggu-tunggu, saat yang menguji seluruh ilmu yang dipelajari selama lebih kurang 4 bulan di dalam kuliyyah Syariah 4, saat bagi mencurahkan segala idea dan hafalan untuk ‘digoreng’ dan saat untuk memberikan yang terbaik dalam kehidupan seterusnya. Inilah ketikanya, musim peperiksaan. Kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi di seluruh negara kini sedang dalam musim ‘demam exam’.

Jadi, pada masa inilah adanya sindrom lambat tidur, sindrom cakap sorang-sorang dan macam-macam sindrom lagi. Namun, inilah yang dikatakan asam garam sebagai pelajar.


Setelah itu, barulah pejuang ilmu akan berjuang di dalam dewan peperiksaan menggunakan senjata pena yang tajam. Segala ilmu yang dipelajari, sama ada secara langsung atau tidak langsung, sama ada di dalam sesi pembelajaran dalam kelas atau sebaliknya, akan dicurahkan sepenuhnya di atas kertas jawapan dalam masa hanya beberapa jam.

Mungkin selepas itu, segala apa yang dipelajari akan mudah dilupakan, kerana ilmu hanya untuk peperiksaan. Oleh itu, penulis mengajak untuk memperbetulkan niat, semasa mencari ilmu, hati kita perlu ikhlas supaya ilmu yang dipelajari akan mendatangkan redha dan berkah dari Allah SWT.

Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang mencari ilmu yang sepatutnya bertujuan mencari keredhaan Allah, tetapi dilakukannya bagi memperoleh harta benda duniawi, dia tidak akan mencium bau syurga pada hari akhirat”.

(Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

Peperangan semakin hampir...
Senjata belum cukup mantap...
Strategi dan taktik masih kabur...
Amalan semakin kurang...
Iman semakin lemah...
Tajarrud kepada Allah amat jauh...

Tapi aku yakin,
Ilmu adalah milik Allah,
DIA berhak berikan kepada sesiapa yang DIA kehendaki,
Tidak diberikan ilmu itu kecuali sedikit...

Examination Schedule for Semester 7.0, Session 2010/2011(1)

Course

Day and Time





SFP 4043: FIQH AL-KITAB WA AL-SUNNAH 4

Isnin(Monday) 1/11/2010
(2:30 PM)


SFQ 4013: AL-QAWA'ID AL-FIQHIYYAH

Sabtu(Saturday) 6/11/2010
(9:00 AM)


SFU 4043: USUL AL-FIQH 4

Rabu(Wednesday) 3/11/2010
(9:00 AM)


MPE 2012: ASAS KEUSAHAWANAN / BASIC ENTREPRENEURSHIP

Sabtu(Saturday) 6/11/2010
(2:30 PM)





SELAMAT BERJUANG SAHABATKU

Di kesempatan ini, ana ingin memohon jutaan kemaafan dan keampunan, atas segala kesalahan, kekhilafan dan keterlanjuran atas setiap bait-bait bicara yang diluncurkan, tidak kira sama ada dalam keadaan sedar atau tidak. Mungkin kata-kataku membuatkan kalian terguris hati, tidak senang dipandang mata hati, tidak enak ditelan bagai duri. Sungguh diri ini hanya insan kerdil, yang punya kelemahan diri, kekurangan insani.

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN DENGAN JAYA DAN CEMERLANG SAHABAT

“MA’ATTAUFIQ WAN NAJAH”

::Waallahua’alam::

Label: 0 ulasan | edit post