MuJaHiDaH

Assalamualaikum... Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya memberi kekuatan kepada ana untuk berada pada saat ini beserta nikmat iman dan islam… Selawat dan salam yang tiada hentinya dan berterusan buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Tabi’e, tabi’ tabi’e serta pengikut2 baginda hingga ke Hari pembalasan. tidak lupa juga, salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini,

Pada waktu cuti nie banyak juga benda2 yang manfaat ana buat,cuti kali ini mmg niat tak nak kerja, sebelum cuti lagi ana dah senarai rancangan yg akan dibuat dalam cuti, emm~ terlalu banyak kerja adalah berkaitan dengan duit la..hehe, pada awal cuti pergi Sungai Petani untuk cari dana bagi Program MAYA di YK dan Program SP anjuran BAKA, walaupun tidak la banyak tapi bersyukur la, ada juga org nak bagi sumbangan.. dari awal pagi hingga malam berjalan tiap2 kedai dan syarikat di Sungai Petani.. Ini adalah satu tugas yang mencabar bagi ana dan juga amanah yang diberikan untuk ana.. :- )

Tapi tidak la boleh tumpu sepenuhnya sebab dilantik sbg AJK Unit Jamuan pada program MAYA di Yayasan Khairiah dalam masa 3minggu jadi tukang masak dan tgh ambil lesen (hehe baru nak amik tapi sakan dah bawa pegi sana sini... sory polis..huhu)...disamping itu juga, tgh siapkan segala dokumen2 berkaitan Qarhul Hasan Fund, yang akan di lancarkan pada awal sem depan di KUIN... InsyaAllah minta Tajaan nie bersambung pada masa yang free la..

Sebut pasal duit nie, ana mmg minat apa2 yang berkaitan islamic banking atau islamic finance, kalau ada duit banyak sikit mesti nak melabur (secara halal) atau beli apa2 yang boleh mendapat keuntungan.. Alhamdulillah pada semester lepas ana dah membeli tanah dan membuat pelaburan emas di Maybank, sbyk 10 gram yg dibeli (Gold Savings Passbook Account).. Ini sebagai aset pada masa hadapan.. InsyaAllah..

Pada mulanya takut juga nak membuka pelaburan emas nie, biasa la tak tahu hukum tapi setelah membaca aktikel2 berkaitan perlaburan emas ini dan bertanya kepada rakan2 dan org2 yang arif pasal nie, ana rasa yakin utk membukanya..nak cari rezeki halal, kena bekorban la sikit...malam tadi ana terbaca aktikel pelaburan emas di Bank Islam, mmg confirm la sepenuhnya halal.. Aktikel dari Ustaz Zaharuddin.. Ini berita baik untuk ana, Jadi ana nak berkongsi la dengan sahabat2 yang mungkin minat macam ana atau ambil sbg ilmu saja..

Nasihat ana kepada sahabat2 yang membuat apa2 pinjaman ketika belajar, guna lah wang tersebut sebaiknya, kalau nak masuk apa2 pelaburan @ skim cepat kaya, cuba lah selidik dulu latar belakang syarikat tersebut dan pandangan dari sudut syariah Islamiyah..semua pinjaman tu, kena bayar balik selepas habis belajar, INGAT!! Anda graduan berhutang..

" Tiada Jalan Mudah Untuk Jadi Kaya" Fikirkanlah...

Ingin Simpan Emas Secara Halal?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


goldsaving.jpg

Bagi peminat fizikal emas yang berhasrat membuat simpanan masa hadapan di dalam bentuk fizikal emas secara halal, Alhamadulillah kali ini mereka telah mempunyai jalan. Sebuah bank Islam dengan jayanya telah berjaya melancarkan Akaun simpanan dan pelaburan emas mereka yang telah juga disahkan dari sudut kontrak dan operasinya mematuhi hukum Shariah.

Akaun ini sesungguhnya boleh berfungsi sebagai simpanan untuk masa hadapan atau juga pelaburan di waktu memerlukan. Ia amat baik khususnya bagi mereka yang ingin menjauhkan diri dari masalah turun naik nilai matawang kertas. Namun begitu, perlu difahami, harga dan nilai emas juga boleh turun naik, cuma ia tidaklah sebegitu bermasalah seperti matawang kertas.

Kalau sebelum ini, mereka yang mengambil berat akan hukum Shariah, berada di dalam dilemma kerana hanya mempunyai pilihan akaun emas yang di punyai oleh Public Bank dan Maybank, yang mana kedua-duanya di bawah pengurusan konvensional tanpa kelulusan mana-mana majlis Shariah. Selain dari kedua-dua itu, hampir semua akaun dan pelaburan emas yang lain hanya dilaksanakan oleh syarikat persendirian yang sebahagiannya tidak dapat dipastikan tahap keselamatan dan kesahihan syarikat terbabit.

Saya telah menulis berkenaan akaun emas Public Bank & Maybank di sini .

Namun kali ini, saya kira, perbankan Islam di Malaysia melalui Kuwait Finance House telah dengan jayanya mengubat kekosongan tersebut. Melalui akaun terbabit, pelanggan boleh membeli emas fizikal, dan boleh menyimpan atau terus mengambil sendiri fizikal emas.

kfh_gold.jpg
GAMBAR : Emas yang digunakan oleh KFH untuk akaun ini

Perlu diingat, segala pertimbangan dan kira-kira untung rugi perlulah dikaji dan diambil kira sebelum membuka akaun ini. Tulisan saya hanyalah mencadangkan akaun apabila DI LIHAT DARI SUDUT HUKUM SHARIAH sahaja dan bukan dari sudut kebolehuntungan dan pertimbangan kira-kira kewangan, kerana di Malaysia, sebarang nasihat dalam hal kebolehuntungan produk kewangan dan sepertinya memerlukan individu terbabit mempunyai lesen khas perunding kewangan.

Berikut adalah perbezaanntya dengan Akaun Emas Maybank dan Public Bank

No

Item

Maybank

Public Bank

KFHMB

1

Concept

Conventional

Conventional

Ba'i As-Sarf & Qardh

2

Initial purchase

5 gms

20 gms

10 gms

3

Min. balance

1 gm

2 gms

2 gms

4

Physical gold withdrawal

10,20 and 50gms

NA

1,5,10 and 50gms

5

Documents

Passbook

Passbook

Statement

6

Fees & Charges

Conversion charge on physical gold withdrawal

Annual fee RM10 - year end bal. below 10gms

NA

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

12 MEI 2010

www.zaharuddin.net

Waallahu'alam... Wassalam...

0 Responses

Post a Comment