MuJaHiDaH

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yg terus mengizinkan kpd ana kekuatan utk menuntut ilmuNya hingga saat ini beserta nikmat Islam dan Iman, disamping kesihatan yang baik dari segi anggota badan, pendengaran dan penglihatan…selawat dan salam yang berterusan hingga ke Hari Qiamat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Alhamdulillah semester lepas telah diharungi dengan baik bersama sahabat2 seperjuangan yang lain, suka dan duka dikongsi bersama dalam menuntut ilmu agama. Segala ilmu yang telah ditimba diharapkan menjadi tinta-tinta yang memberi manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat, disamping menjadi bekalan di medan perjuangan yang akan ditempuhi pada masa akan datang, InsyaAllah... Semester lepas telah pun tamat dengan keluarnya keputusan peperiksaan Semester 6.

Alhamdulillah ana bersyukur kepada Allah S.W.T bagi diri ana sendiri dan semua sahabat2 yang beroleh keputusan yang baik dan Alhamdulillah juga ana lafazkan buat diri ana dan mana-mana sahabat yang beroleh keputusan yang kurang memuaskan. Apa yang terjadi pasti tersimpan hikmah yang besar. Anggaplah ia kebaikan dan mengucap syukur apa yang berlaku. Cubalah muhasabah diri dan berfikir sebab berlakunya musibah.Umat Islam perlu sentiasa bersangka baik terhadap Allah.

Allah tetap memberi kurnia dan rahmat-Nya kepada semua umat Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah Yunus, ayat 44)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.” (Surah An-Nisa’, ayat 40)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang sabar dengan memberikan pahala lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (Surah An-Nahl, ayat 96)

Oleh itu, apabila berhadapan dengan ujian, jangan buruk sangka sebaliknya hadapinya dengan redha serta keyakinan bahawa selepas kesusahan itu akan ada kemudahan menanti.


Pada hari 4 Julai 2010, bermula la semester baru, Semester 7 dan merupakan tahun akhir bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda kuliyyah syariah tahun 4 Alhamdulillah, ana dah settle kan pendaftaran kursus untuk semester 7.. pada semester kali ini, 4 madah dengan 11 jam kreadit untuk kuliyyah ana, inilah kali pertama semester paling sikit jam kreadit... Apa2 pun bagi ana berapa jam kreadit pun tak kisah, asalkan ilmu baru yang bakal dipelajari itu dapat didalami dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Semoga dalam penggal pengajian kali ini ana dan sahabat-sahabat seperjuangan akan terus maju kehadapan dan dikurniakan Allah S.W.T ilmu dan amal yang bermanfaat.

"Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?" "Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya."
-Saidina Ali



Semoga kita mendapat keredhaan Allah atas kerja baik kita dan dapat mengharungi cabaran dengan sabar dan tabah.Akhir kata dari ana, sempena menyambut semester dan tahun baru ini semoga kita dapat menjadi insan yang lebih cemerlang daripada sebelumnya. Di samping itu,dapat kita mempertingkat ketaqwaan kita kepada Allah dan memainkan peranan sebagai pemuda-pemudi islam yang akan menjadi peneraju kepada islam dan Negara tercinta.

Wallahu'alam... Wassalam...



0 Responses

Post a Comment