MuJaHiDaH


TEKNOLOGI PENGAJARAN (TPK 2102W)
PENSYARAH : USTAZ BASIL BIN DAMANHURI




Label: 0 ulasan | edit post
MuJaHiDaH





PEPATAH Melayu pernah menyatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Pepatah ini membawa makna mendalam dalam erti kata sebenarnya. Tentulah dalam konsep kehidupan orang Melayu sahabat itu penting, selain daripada kekasih yang satu dan setia.

Setiap insan di dunia ini memerlukan teman hidup. Sejak sejarah awal Adam lagi perlukan Hawa dalam kehidupannya. Sahabat ialah teman yang wujud sepanjang kehidupan seseorang.

Sejak zaman kanak-kanak hinggalah ke akhir hayat, sahabat penting dalam putaran kehidupan insan. Ada yang menyatakan sahabat lebih penting daripada wang. Jika kita tiada wang dan mempunyai ramai sahabat, mereka tentu boleh menolong.

Imam Syafie pernah berkata,

“Bersahabat dengan orang yang tidak takut celaan itu sebenarnya lebih tercela.”

Jelaslah dalam memilih sahabat kita mesti berhati-hati serta pandai memilih sahabat yang memberi manfaat dan faedah kepada kita.

Imam Syafie juga menyatakan,

“Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman terhadap teman sahabatnya dan menjadi musuh terhadap musuh sahabatnya.”

Ada sahabat yang setia dan sentiasa berusaha membawa kebaikan dalam hidup rakannya. Sahabat sebeginilah adalah sahabat sejati. Sementara ada sahabat yang hadir ketika gembira dan membawa ke arah keburukan. Jauhilah sahabat seperti ini.

Ramai tidak menyedari kepentingan bersahabat. Ia dianggap sebagai suatu kebetulan yang hadir silih berganti. Sebenarnya kawan dan sahabat ada peranannya sendiri.

Di kalangan remaja, sahabat memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi manusia. Sahabat juga mempengaruhi kehidupan seseorang remaja dan menentukan arah masa depan mereka.

Sahabat biasanya datang daripada lingkungan usia hampir sama, alam persekolahan, minat dan masalah yang dihadapi juga serupa. Sahabat juga biasanya mempunyai minat dan kecenderungan yang sama.

Biasanya bagi remaja, apabila timbul masalah membabitkan persekolahan dan peribadi, sahabatlah tempat mencurahkan isi hati. Kebiasaannya, masing-masing akan mencurahkan masalah, mengeluarkan pendapat dan menjadikan persahabatan semakin akrab.

Seterusnya, remaja akan cuba menyesuaikan diri dengan cita rasa rakan atau sahabat mereka. Di sinilah terbentuknya peribadi secara tidak langsung.

Sahabat karib biasanya mempunyai personaliti hampir sama. Remaja yang bijak dan berpandangan jauh akan memilih sahabat karib di kalangan remaja mempunyai kebolehan lebih daripadanya dalam bidang akademik.

Keadaan itu boleh membantu memajukan personaliti atau diri seseorang. Membuang sikap yang tidak disukai dalam melakukan sesuatu yang disenangi kedua-dua pihak akan menjadikan seseorang itu lebih sesuai dalam menjalin persahabatan.

Seorang sahabat baik mestilah sentiasa menjaga adab ketika berbicara dengan sahabatnya, berlemah lembut, berbuat baik, bersifat warak, bersikap benar dan membuat kebaikan kepada sahabat.

Allah berfirman yang bermaksud:


Menjalin persahabatan baru bermakna membentuk ikatan persaudaraan. Rapatnya hubungan antara rakan memupuk rasa sayang seperti keluarga sendiri.

Malah, di kalangan remaja lebih mengambil berat mengenai sahabat berbanding anggota keluarga sendiri terutama yang merantau di tempat orang. Sudah tentulah sahabat menjadi orang paling hampir untuk mencurahkan masalah dan mengadu nasib.

Kajian mendapati persekitaran juga mempengaruhi kesan persahabatan iaitu keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik dan interaksi antara manusia serta dengan alam sekitar. Persekitaran termasuk alam sekeliling sebelum dan selepas seseorang itu dilahirkan.

Sesungguhnya agama menggalakkan kita mencari sahabat seberapa ramai yang dapat membantu ketika menghadapi kecemasan atau musibah. Bukan semua sedia membantu terutama jika tidak kenal rapat.

Sahabat dan teman berbeza kerana sahabat orang paling akrab dan hubungan ibarat ahli keluarga menyebabkan mereka bersedia membantu pada bila masa sementara teman tidak banyak tahu mengenai kita.

Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan pekerjaan harian selalunya tidak berkesempatan mengenali siapakah teman baik anak mereka. Sering terjadi ibu bapa tidak mengetahui anak mereka terbabit dengan orang tidak sepatutnya hinggalah sesuatu terjadi pada anak mereka.

Ibu bapa perlu ingat salah satu sebab anak menjadi degil dan sering melawan cakap orang tua adalah kerana mereka bosan dengan sikap ibu bapa yang tidak pernah memberi perhatian diharapkan.

Sahabat penting dalam kehidupan seseorang tetapi tersalah pilih sahabat akan membawa kehancuran. Pilihlah sahabat yang mempunyai akhlak baik, pembimbing dan kaunselor yang sering memberi nasihat serta perangsang ke arah kejayaan di dunia dan akhirat.




Wallahu'alam... Wassalam...
MuJaHiDaH

TERGURIS...Ani menunjukkan SMS yang dihantar anaknya.
TERGURIS…Ani menunjukkan SMS yang dihantar anaknya.

KUALA LUMPUR: “Selama membesarkan dia, saya tak pernah terfikir yang dia tergamak membuang ibu sendiri,” rintih seorang ibu yang kini hidup merempat sejak enam bulan lalu selepas ‘dibuang’ anak perempuan tunggalnya akibat penangan cinta lelaki Iran.

Ibu itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, 47, kini menumpang berteduh di rumah rakan dan berpindah-randah dari satu kediaman ke kediaman lain di Seremban, Negeri Sembilan serta Selayang di sini, dengan hanya membawa lima helai pakaian.

“Saya tidak menumpang lama di rumah orang dan berpindah-randah dari rumah rakan ke rumah rakan lain selepas tinggal dua atau tiga hari. Saya tidak ada sesiapa dalam hidup ini. Selepas suami meninggal dunia pada 2008, hanya anak perempuan tunggal itu yang menjadi tempat saya bergantung.

“Namun, perkenalannya dengan seorang lelaki Iran menerusi Internet mengubah hidup saya. Saya dihambat lelaki itu keluar dari rumah manakala anak pula langsung tidak peduli, malah ‘menghiris’ hati saya apabila sanggup meminta saya pergi jauh daripada hidupnya, katanya yang ditemui, semalam.


Menurutnya, sebelum ini keluarganya hidup bahagia, malah perkahwinan anak perempuannya dengan seorang lelaki tempatan menghadiahkannya seorang cucu lelaki.
“Saya tidak bekerja, tetapi mujur arwah suami meninggalkan sedikit wang dan sebuah kereta kepada saya.

“Begitu juga dengan anak perempuan saya, dia berkahwin dan mempunyai kerja yang baik dengan gaji antara RM7,000 hingga RM8,000 sebulan. Dia juga membeli sebuah apartmen di Subang Jaya dan meminta saya tinggal di situ selepas kematian suami saya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, hidupnya musnah selepas anaknya jatuh cinta dengan seorang pelajar sebuah kolej swasta warga Iran berusia 25 tahun kira-kira dua tahun lalu.

“Demi pelajar kolej swasta itu, anak saya sanggup meninggalkan suami, berhenti kerja dan duduk serumah dengan lelaki itu.

“Dia berubah, nasihat saya dibalas dengan kata-kata kesat, malah kunci apartmen miliknya yang menjadi tempat tinggal saya ditukar apabila saya keluar ke rumah rakan selepas dimintanya atas alasan kawan kekasihnya yang datang dari Iran mahu menumpang sementara waktu,” katanya.

Ani berkata, ketika cuba bertanyakan mengapa kunci ditukar, lelaki Iran terbabit menghalaunya keluar dari apartmen itu di depan anaknya dengan alasan dia cuba mengganggu kehidupan mereka.

“Saya tidak ada sesiapa di dunia ini kecuali anak saya. Dia nyawa dan jiwa saya, tetapi semuanya musnah sekelip mata disebabkan orang asing.

“Kereta milik saya juga dilelong bulan lalu kerana bayaran ansuran tertunggak dan sejak Jun lalu, saya menumpang ihsan rakan, tetapi berapa lama boleh berteduh di rumah orang menyebabkan saya sering berpindah-randah selepas beberapa hari.

“Mungkin satu hari nanti, saya terpaksa tinggal di bawah jambatan kerana tidak memiliki apa pun, sudahlah tiada harta, anak kesayangan pula membuang saya,” katanya.

p/s 1 : Subhanallah, apa la nak jadi dengan anak2 zaman skrg nie... ermm~ …tengok lah nanti apa anak dia buat kat dia nanti…

p/s 2 : Sayangi ibu bapa anda, walau apa pun keadaan dn situasinya..merekalah manusia yg mengenali kita sejak sebelum kita lahir ke dunia..bukan kawan anda, kekasih anda, jiran anda, guru anda dan sebagainya..

p/s 3 : Firman Allah SWT :" Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua Ibu Bapanya, Ibunya telah mengandungnya dgn menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, (dgn yang demikian ) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua Ibu bapamu, dan ingatlah, kepada Akulah jua tempat kembali (utk menerima balasan)".


Wallahu'alam... wassalam...


MuJaHiDaH


Assalamualaikum...
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita masih lagi diberikan peluang untuk merasai dua nikmat utama iaitu Iman dan Islam.Walaupun ana sudah berada di IPT tapi perlu lebih banyak mendalami ilmu2 yang mencabar. Marilah kita sama-sama berdoa semoga kita sentiasa mendapat ilmu yang manfaat dan dirahmati dari Allah SWT.

Sesi kemasukan bagi pelajar baru untuk tahun 2011 telahpun bermula. Tahniah kepada semua pelajar baru yang berjaya melanjutkan pengajian di SMAYK.Dikesempatan yg ada nie, ana nak ucapkan Selamat Datang ke Sekolah Agama (Arab) Yayasan Khairiah kepada 400 pelajar baru yang mendaftar pada hari ini untuk menduduki tingkatan 1 dan pelajar Tahfiz.
Semoga ketibaan adik2 di SMAYK akan membuka satu lembaran baru bagi diri adik2 sebagai seorang pelajar muslim. Setiap kita perlu sentiasa berusaha untuk menjadi manusia yang paling berguna dan bermanfaat kepada orang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Perumpamaan orang mukmin itu adalah seperti pokok kurma, semua apa yang ada padanya dapat dimanfaatkan”.
(H.R. Bazzar)
Sekitar hari pendaftaran di perkarangan bangunan U (SMAYK)















Semoga kita mendapat keredhaan Allah atas kerja baik kita dan dapat mengharungi cabaran pengajian dengan sabar dan tabah. Akhir kata dari ana sebagai wakil alumni SMAYK, semoga adik2 dapat menjadi insan yang lebih cemerlang daripada sebelumnya. Di samping itu,dapat kita mempertingkat ketaqwaan kita kepada Allah dan memainkan peranan sebagai pemuda-pemudi islam yang akan menjadi peneraju kepada islam dan Negara tercinta.
Wallahu'alam... Wassalam...
Label: 0 ulasan | edit post
MuJaHiDaH
Assalamualaikum… Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yg telah mengizinkan kpd ana untuk bernafas sehingga ke saat akhir tahun 2010 ini beserta nikmat Islam dan Iman, disamping kesihatan yang baik dari segi anggota badan, pendengaran dan penglihatan…

selawat dan salam yang berterusan hingga ke Hari Qiamat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Hari ini bertarikh 31 Disember 2010, dan merupakan hari terakhir pada tahun 2010. Hanya beberapa jam saja akan tiba tahun baru iaitu 2011..

Sepanjang hidup ana, belum pernah menulis seluruh aktiviti harian selama setahun itu lengkap di dalam satu buku diari. Tapi, kalau menulis semuanya di dalam diari atau blog, untuk satu hari kelak kita akan membuka, melihat, membelek dan membacanya sendiri, lalu kita bakal senyum dan tertawa atas apa yang pernah kita lakukan. Itu untuk yang lucu.

Kalau ia pahit, tentu kita akan teresak sendirian mengenangkannya. Kalau manis, kita bakal senyum dan berimaginasi sendirian atau berkongsi dengan teman terdekat kita, itu memang sifat dan naluri manusia yang semula jadi. Tangis dan tawa, kecewa dan bahagia itu memang suatu lumrah dalam mengisi sifat manusiawi itu sendiri.

Memang la, menulis di dalam buku diari atau blog berkaitan aktiviti harian kita bukanlah suatu yang wajib bagi sesiapa sahaja. Ana pun tak pernah jumpa dalil yang mewajibkannya. Namun, ia hanyalah sekadar hobi dan teknik penulis untuk berlatih dan mengkreatifkan teknik penulisan, sambil menulis semua pengalaman dan peristiwa yang terjadi dan lintasan ilham yang tidak bakal kunjung pada setiap masa. Idea, ilham dan pengalaman dalam peristiwa yang dialami oleh setiap manusia sebenarnya adalah ilmu yang boleh dicurahkan sebagai nasihat, tazkirah dan dakwah dalam bentuk penulisan dan aliran kata.

Sebab itulah, ana juga cuba untuk sentiasa membawa buku diari atau membuka blog , lalu menulis apa saja yang terlintas di dalam fikiran dan pada setiap kejadian yang berlaku.

Seperti insan-insan yang lain pasti melalui kehidupan sepanjang 2010 ini dengan pelbagai aktiviti yang menggembirakan dan menyedihkan. Ana pun seperti insan lain yang menempuh pelbagai suka duka kehidupan yang fana ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"
(Surah Al-'Asr, ayat 1-3)

Alhamdulillah ana telah menggunakan masa dengan sebaiknya. Semoga ana dan semua tidak tergolong dengan orang2 yang rugi.. Secebis kenangan dari ana sepanjang 2010 yang ana dapat kongsikan dengan pengunjung blog ana adalah :

ni time abang kovenkesyen

Jalaludin Mahmud
Bachelor Of Bussiness & Marketing with Honours
UiTM Shah Alam

Semasa di tempat tanaman tomato Cameron Highland

Semasa perkahwinan pertama sepupu sebelah mak (Sobri & Atifah ) di Pulau Pinang


Ni time Dr Abd Salam nak pulang ke tanah air nya... jumpa doktor sehari sebelum dia bertolak ke Mesir.. syukran diatas semua ilmu yang telah dicurah kepada kami di bumi barakah Insaniah.

Ini lah family Biro Akademik MPM 09/10
syukran jazilah buat umayr, anisah, abg nan, kak mariyam, najwa, ust shah, fatimah, syamimi, ustaz nash, masufu, ust fadhil, ibtisam dan semua yang berada dalam BAKA 09/10, yang telah banyak membantu ana untuk segalanya.. inilah satu biro yang byk sangat pengalaman bg diriku ini... pengalaman pahit n manis... emm tapi rasa nya mcm pahit je banyak... hehe apa2 pun itu satu ujian semasa berada di medan perjuangan.. pa2 pun sangat best~ :-)
Semoga ukhwah family BAKA kekal selamanya... Ameen..


Ini bergambar dengan seorang aktivis yang berada di atas Kapal Mavi Marmara semasa beliau mengikuti Konvoi Misi Kemanusian ke Gaza.
Best sangat dengar cerita pengalaman dia semasa berhadapan dengan Rejim Zionis.. Israel Laknatullah... InsyaAllah ana akan menjadi sepertinya pada suatu hari nanti..
"syahid di jalan Allah cita-citaku...."


nie jalan-jalan di tesco selepas abis exam bersama fakriah, shida, buraidah, farhana, fadhlina n thoibah.. semoga persahabatan kita hingga ke akhirnya... ameen

Keluar shoping bersama k.kinah & k.nani, makan kejap di Restoran Secret Recipe
Sedaaaap...

Selamat Pengantin Baru buat Cg Zuhri & Maryam


bersama fateriah kat masjid teman kawan baik kami dan cikgu Zuhri (cg Matematik time SPM) akad nikah pada 20/11/2010


Selamat Pengantin Baru Buat Latifah & Khairi
Akad nikah pada 8/10/2010

Selepas abis exam sem 7, jalan-jalan ke perkampungan jawa Bagan Datoh... ermm macam duduk dekat Indonesia la waktu tu, semua org cakap.. satu perkataan pun ana tak faham.. cuma kawan je translate... thanks k.nani..hehe :-)

sebelem balik kedah, singgah kejap dekat Menara Condong...
mmg condong kan...

Bestnya warna warni kehidupan sepanjang 2010, rasa mcm nak lalui sekali lagi tapi memang MUSTAHIL la...... kalau bleh lalui kali ke-2... Alhamdulillah juga ana telah memanfaatkan masa yang Allah anugerahkan kepada ana dgn sebaik mungkin....


Semoga penulisan ana yang telah lalu, adalah berupa kebaikan dan bukan kerana sifat takbur, riak dan sombong diri. Ana juga merayu untuk semua di sekeliling ana supaya menegur setiap silap dan salah yg ana lakukan... Biasa la, ana manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...

Ana mohon dan berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada ana ketika menulis, bercakap dan beramal. Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati manusia, teguhkanlah jiwa-jiwa hamba-hamba-Mu ini di jalan yang lurus dan diredhaiMu.

"Selamat Menyambut Tahun Baru 2011"

Wallahu’alam...Wassalam......