MuJaHiDaH
Assalamualaikum kepada semua pelajar Syariah tahun 3,
Kuliah Syariah tahun 3 akan mengadakan Program Jalinan Ukhwah pada ketetapan berikut :
Tempat : Titi Hayun Yan, Kedah
Tarikh : 28/4/2010 (Rabu)
Bayaran : RM 10.00

Pengangkutan : Muslimin (sendiri), Muslimat (sendiri & disediakan bagi yg tiada)
Bagi siapa2 yang berminat untuk sertai, sila hantarkan nama serta bayaran sebelum
HARI SELASA INI, kepada
Muslimin : Faizol (016-4215756)
Muslimat : Mariyah (019-5001507)

Sebarang masalah, sila hubungi :
Mohd Aznan (019-49422525)

-Ketua Kuliah


Sedikit info Titi Hayun, Yan : Letaknya 3 km dari Pekan Yan atau 40 km dari Alor Setar. Kemudahan rekreasi untuk pengunjung ialah chalet, gerai makanan, tempat letak kenderaan, wakaf, surau, dewan terbuka, chalet, asrama dan tandas. Terdapat denai hutan dan air terjun ~ ~



Untuk kenali dengan selebihnya, jom pakat-pakat sertai...hehe

Wallahu 'Alam... Wassalam...
MuJaHiDaH
Assalamualaikum… Alhamdulillah, syukur kpd Allah SWT yg telah menganugerahkan kpd ana kekuatan utk menuntut ilmuNya sampai saat ini beserta nikmat Islam dan Iman, disamping kesihatan yang baik dari segi anggota badan, pendengaran dan penglihatan…selawat dan salam yang berterusan hingga ke Hari Qiamat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

“Ya Allah Ya Tuhanku, restui dan berkatkanlah junjungan kami Nabi Muhammad SAW sbg hamba, nabi dan rasul-Mu yg ummi. Sejahtera baginda selama-lamanya.. Berkatkan keluarga dan para sahabat baginda, para tabi’in dan org2 yg mengikut jejak langkah mereka sampai Hari Pembalasan. Terimalah (kepulangan) mereka dgn sebaik-baiknya.” Ameen…

Pelajaran merupakan aset yang paling berharga bagi diri kita dan boleh diumpamakan seperti satu pelaburan. Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk mencapainya? Tepuk dada tanya selera... Baiklah, di sini ada beberapa tips menghadapi peperiksaan dan kata-kata peransang sebagai penguat semangat.

BIJAK BELAJAR

Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

1. Bertenang dan melapangkan fikiran.

2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.

3. Tidur yang mencukupi..

4. Menjaga kesihatan diri.

5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.

7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .

8. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.

9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.

11. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.

12. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

13. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

14. Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

15. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.

16. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.

17. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

18. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.

19. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

20. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

21. Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

22. Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.


Kata Bermotivasi

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda...

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius


Resepi Kek Usaha Kejayaan

Bahan-bahannya;

250 gm Daya usaha

100 gm Kesabaran

100 gm Keimanan

190 gm Keinsafan

150 gm Pengorbanan

150 gm Campuran akhlak mulia
( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )

8 sudu the rasa tanggungjawab

200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

p/s : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.


Salam dan Selamat diucapkan kepada semua sahabat2 yang akan menghadapi peperiksaan akhir semester ini. Jadikanlah peperiksaan ini sebagai satu daripada ujian yang Allah tetapkan diakala beribu lagi ujian dihadapan kita yang sedang menanti..

“ Kegagalan bukan warisan, Kemenangan bukan suatu kemestian, Usaha, Doa & Tawakkal itu senjata Kejayaan ”


Waallahu 'alam... Wassalam...