MuJaHiDaH

Ikuti Video Menarik; klik di sini

http://www.almuttaqin.tv/browse_videos.php?fold=yes&folder=348

Sinopsis:


1) Penjelasan berkaitan Riba yang dimaksudkan Syarak dan praktikal yang dijalankan dalam Sistem Kewangan Hari Ini.

2) Penerangan tuntas berkenaan perjalanan Sistem Kewangan Dunia

3) Keperluan menggunakan Emas dan Perak

4) Sistem Ekonomi Yahudi yang dibina untuk mengawal dunia.

Info Video;

Tajuk Video: Islam dan Sistem Kewangan Antarabangsa
Bilangan Siri: 12 siri (Durasi 9-10 minit setiap siri)
Bahasa: Bahasa Inggeris dengan darikata di dalam bahasa Malaysia


Biodata Pembentang: http://www.imranhosein.org/about-imran-n-hosein.html

AYUH!!! BANGUNKAN EKONOMI ISLAM!!!!

Wassalam...
MuJaHiDaH

Salam Pilihanraya Kampus Kolej Universiti Insaniah...

Alhamdulillah...
Pilihanraya Kampus sudah tamat dengan kemenangan yang begitu baik daripada undian semua mahasiswa-mahasiswi Kolej Universiti Insaniah...

Keputusan diatas merupakan calon pilihan yang telah memenangi 10 kekosongan kerusi umum yang telah dipertandingkan sejak jam 9.00 pg tadi sehingga tamat jam 2.00 ptg di Dewan Besar Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Kolej Universiti Insaniah...

Keputusan 2 calon bukan pilihan yang telah terkeluar dari memenangi 10 kekosongan kerusi MPMKUIN ialah :-

- Saudara Muizzudin Bin Zuhali : 1033 Undi
- Saudara Mohd Nor Hafiz Bin Hj Omar : 969 Undi

Pengiraan undi telah bermula jam 4.30 ptg sehingga tamat pada jam hampir 8 malam...

Kesemua calon diatas adalah LAYAK untuk menggantikan tampuk pemerintahan Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah berikutan kemenangan yang telah diraih oleh mereka dalam Pilihanraya Kampus hari ini...

Jumlah Mahasiswa yang keluar mengundi : 2056 orang
Jumlah Undi Rosak : 17 Undi

- Jadi, dari kami selaku " Mahasiswa Prihatin " mengucapkan TAHNIAH kepada calon-calon yang telah berjaya dan kepada calon yang tidak berjaya, bantuan anda amat diperlukan dalam perjuangan Majlis Perwakilan Mahasiswa Sesi 2010/2011 pada kali ini...

- Kami harap pada semua calon agar merealisasikan manifesto yang telah diwar-warkan kepada Mahasiswa dan semoga segala manifesto anda akan berjaya dilaksanakan...InsyaAllah...

Sekian...

p/s : petikan dari facebook


Dengan berakhirnya Hari Mengundi pada 3 Oktober 2010, Pilihanraya MPMKUIN 2009/10 melabuhkan tirainya. Kepada yang menang, jalankan tanggungjawan dan manifesto anda dengan sebaik mungkin. Kepada yang tidak berjaya, anda adalah calon yang terbaik dan menjadi agen check and balance kepada MPM.

Tahniah dan takziah diucapkan kepada semua calon yang memenangi kerusi-kerusi pada pilihanraya kampus pada sesi ini . Semoga MPM kali ini lebih menjaga kebajikan mahasiswa dan menjadi suara mahasiswa untuk dibawa ke peringkat kampus dan juga nasional .

Sama-sama kita menbantu sahabat2 kita dalam meneruskan perjuangan yang mencabar ini.. insyaAllah :-) SELAMAT MENJALANKAN AMANAH DARI-NYA...

Wassalam...
Label: 0 ulasan | edit post
MuJaHiDaH



Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.

” kau , dah hari ker berapa dah?”

“aku dah 5 hari dah ni”

“esok aku raya (sunat syawal)”

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ‘sapa lebih hebat?’.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riyak, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Wallahu'alam... Wassalam...
MuJaHiDaH

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

“Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar”.

Kebanyakan ulama’ Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.

Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.

Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu’, beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.

Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:

  • Menghayati malam tersebut dengan ibadah
  • Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah
  • Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya

Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama’ menyebut bahawa beberapa tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :

  • Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita
  • Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat
  • Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud
  • Ada yang berkata doa permohonannya makbul

* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar.

Segala puji bagi Allah atas berbagai macam nikmat yang Allah berikan. Shalawat dan salam atas suri tauladan kita Nabi Muhammad s.a.w kepada keluarganya dan para pengikutnya.

Bersemangatlah di Sepuluh Hari Terakhir Bulan Ramadhan

Para pembaca -yang semoga dimudahkan Allah untuk melakukan ketaatan-. Perlu diketahui bahwa sepertiga terakhir bulan Ramadhan adalah saat-saat yang penuh dengan kebaikan dan keutamaan serta pahala yang melimpah. Di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. Oleh karena itu suri tauladan kita -Nabi Muhammad s.a.w dahulu bersungguh-sungguh untuk menghidupkan sepuluh hari terakhir tersebut dengan berbagai amalan melebihi waktu-waktu lainnya.

Sebagaimana istri beliau -Ummul Mu’minin Aisyah radhiyallahu ‘anha- berkata :

“Rasulullah s.a.w sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lainnya.” (HR. Muslim)

Aisyah radhiyallahu ‘anha juga mengatakan :

“Apabila Nabi s.a.w memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan), beliau mengencangkan sarungnya (untuk menjauhi para istri beliau dari berjima’, pen), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya.” (HR. Bukhari & Muslim)

Maka perhatikanlah apa yang dilakukan oleh suri tauladan kita! Lihatlah, Nabi s.a.w bukanlah malah mengisi hari-hari terakir Ramadhan dengan berbelanja di pusat-pusat perbelanjaan untuk persiapan lebaran (hari raya). Yang beliau lakukan adalah bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah seperti shalat, membaca Al Qur’an, dzikir, sedekah dan lain sebagainya. Renungkanlah hal ini!

Keutamaan Lailatul Qadar

Pada sepertiga terakhir dari bulan yang penuh berkah ini terdapat malam lailatul qadarlah Allah mensifatinya dengan malam yang penuh keberkahan. Allah Ta’ala berfirman :

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al Qur’an) pada suatu malam yang diberkahi. dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.”

Malam yang diberkahi dalam ayat ini adalah malam lailatul qadar sebagaimana ditafsirkan pada surat Al Qadar. Allah Ta’ala berfirman :

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.”

Keberkahan dan kemuliaan yang dimaksud disebutkan dalam ayat selanjutnya :

“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.”

Perhatikanlah bahwa malam keberkahan tersebut adalah lailatul qadar. Dan Al Qur’an turun pada bulan Ramadhan sebagaimana firman Allah Ta’ala :

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran.”

Bila Malam Lailatul Qadar Terjadi ?

Lailatul Qadar itu terjadi pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan, sebagaimana sabda Nabi s.a.w :

“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)

Terjadinya lailatul qadar di malam-malam ganjil itu lebih memungkinkan daripada malam-malam genap, sebagaimana sabda Nabi s.a.w :

“Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)

Terjadinya lailatul qadar di tujuh malam terakhir bulan ramadhan itu lebih memungkinkan sebagaimana hadits dari Ibnu Umar bahwa Nabi s.a.w bersabda :

“Carilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir, namun jika ia ditimpa keletihan, maka janganlah ia dikalahkan pada tujuh malam yang tersisa.” (HR. Muslim)

Dan yang memilih pendapat bahwa lailatul qadar adalah malam kedua puluh tujuh sebagaimana ditegaskan oleh Ubay bin Ka’ab radhiyallahu ‘anhu. Namun pendapat yang paling kuat dari berbagai pendapat yang ada sebagaimana dikatakan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari bahwa lailatul qadar itu terjadi pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir dan waktunya berpindah-pindah dari tahun ke tahun. Mungkin pada tahun tertentu terjadi pada malam kedua puluh tujuh atau mungkin juga pada tahun yang berikutnya terjadi pada malam kedua puluh lima tergantung kehendak dan hikmah Allah Ta’ala. Hal ini dikuatkan oleh sabda Rasulullah s.a.w :

“Carilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan pada sembilan, tujuh, dan lima malam yang tersisa.” (HR. Bukhari)

Hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tentang terjadinya malam lailatul qadar di antaranya adalah agar terbedakan antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang malas. Karena orang yang benar-benar ingin mendapatkan sesuatu tentu akan bersungguh-sungguh dalam mencarinya. Hal ini juga sebagai rahmat Allah agar hamba memperbanyak amalan pada hari-hari tersebut dengan demikian mereka akan semakin bertambah dekat dengan-Nya dan akan memperoleh pahala yang amat banyak. Semoga Allah memudahkan kita memperoleh malam yang penuh keberkahan ini.

Do’a di Malam Lailatul Qadar

Sangat dianjurkan untuk memperbanyak do’a pada lailatul qadar, lebih-lebih do’a yang dianjurkan oleh suri tauladan kita -Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana terdapat dalam hadits dari Aisyah. Beliau radhiyallahu ‘anha berkata,

“Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?” Beliau menjawab, “Katakanlah: ‘Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ (artinya ‘Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku).”

Tanda Malam Lailatul Qadar

  • Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w bersabda :

“Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.”

  • Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain
  • Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat
  • Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar

Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya :

“Subuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.”

I’tikaf dan Pensyari’atannya

Dalam sepuluh hari terakhir ini, kaum muslimin dianjurkan (disunnahkan) untuk melakukan i’tikaf. Sebagaimana Abu Hurairah mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w biasa beri’tikaf pada setiap Ramadhan selama 10 hari dan pada akhir hayat, beliau melakukan i’tikaf selama 20 hari.

Lalu apa yang dimaksud dengan i’tikaf? Dalam kitab Lisanul Arab, i’tikaf bermakna merutinkan (menjaga) sesuatu. Sehingga orang yang mengharuskan dirinya untuk berdiam di masjid dan mengerjakan ibadah di dalamya disebut mu’takifun atau ‘akifun.

Dan paling utama adalah beri’tikaf pada hari terakhir di bulan Ramadhan. Aisyah radhiyallahu ‘anha mengatakan bahwa Nabi s.a.w biasa beri’tikaf pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan sampai Allah ‘azza wa jalla mewafatkan beliau. )

Nabi s.a.w juga pernah beri’tikaf di 10 hari terakhir dari bulan Syawal sebagai qadha’ karena tidak beri’tikaf di bulan Ramadhan. (HR. Bukhari & Muslim)

Jom berjumpa di syurga...

Wallahu'alam... Wassalam...

MuJaHiDaH

Assalamualaikum..

Hari Khamis, 26 Ogos 2010 merupakan hari terakhir Dr. Abd Salam mengajar di KUIN, pada esok jam 2.00 petang Dr. Abd Salam bersama dengan doktor yang lain akan berangkat ke tanah air mereka iaitu Mesir. Yang pastinya, satu kenyataan yang sukar diterima kebanyakan daripada sahabat-sahabat aku..Sudah tentulah.. :-(

Sebuah perpisahan…

Pada hari khamis pukul 12.00 tghhari bertempat di bilik D1-4 adalah waktu yang sangat mengentuh perasaan aku disebabkan kelas Usul Fiqh terakhir bersama doktor Abd Salam. Apabila selesai kelas doktor... aku, akmal, kak ain, kak kinah, dan kak nani pergi bilik doktor yang terletak di sebelah Pusat Pengajian Siswazah.. Tujuan kami untuk memberi hadiah kenang-kenganan dan berbual mesra buat kali terakhir bersama doktor.


Berkata Imam Ghazali...

"Ukhuwwah itu bukan terletak pada kata-kata yang manis atau pertemuan, tetapi terletak pada sejauh mana ingatanmu terhadapnya di dalam doamu kepada Allah Subhanahu Wa Taala.."



Daripada Abu Hurairah r.a.:

Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).


Dr. Abd Salam tengah tulis surat wasiat untuk anak didiknya...


Dah siap surat wasiat doktor


Terjemahan Surat Wasiat Dr. Abd, Salam....

"Aku wasiatkan kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sama ada secara sembunyi atau terang-terangan, dan selalu mencari ilmu serta gunakan sebaiknya dengan sabar keatas segalanya, aku mewasiatkan kepada kamu berbaik kepada kedua ibu- bapa, dan aku wasiatkan kepada kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, dan aku wasitakan kamu banyakkan berzikir dan beristighfar dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW, dan aku wasiat kepada kamu jaga masa solat setiap waktu dan banyakkan membaca Al-Quran, sesungguhnya ia adalah kunci kepada kebaikan dan jangan lupa doakan aku dalam doa kamu. semoga Allah memudahkan aku dan kamu serta menjadikan kita semua dalam syurga".

-
Dr Abdul Salam Abdul Fatah Muhammad Afifi
No.Tel : 0020100299405

"Tuhan menciptakan kasih sayang itu seratus bahagian.Sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan disisinya...Satu bahagian sahaja yang diturunkannya ke dunia.Dengan kasih sayang itulah makhluk saling berkasih sayang, sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terinjak..." (HR Bukhari)


Wallahu'alam... Wassalam...


MuJaHiDaH

Hati ku menangis siapa yang tahu. Tak berdaya untuk menanggung beban yang begini berat. Sedaya upaya untuk redha dengan apa yang telah Allah tetapkan namun air mata ini tetap tumpah jua.

Semalaman menangis hingga bengkak mata. Menangisi takdir yang ditetapkan oleh Allah. Entah kenapa terdetik hati ini petang semalam, untuk bertanya kepada sahabatku "kita telah ikut jalanNya, petunjuk pun dari Nya, rancang kita ikut petunjuk itu,tapi takdirNYA lain? "

Sepatah saja jawapan sahabatku " menunjukkan sifat kesempurnaan Allah". Alhamdullilah, sebaik mendapat jawapan sahabatku ini, walaupun belum ada huraian ,namun sudah seperti jadi penawar hati. Tidak tahu kenapa soalan itu yang ditanya kepada sahabatku. Namun itulah petunjuk dari Allah.

Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu berkhianat kepada Allah dan Rasul, dan juga janganlah berkhianat berkenaan dengan amanat yang diamanahkan kepada kamu, sedangkan kamu mengetahui." (Al-Anfal : 27).

Ya Allah tenangkanlah hatiku...
Tika aku senang atau susah bersihkanlah hatiku
Sucikanlah ia dengan nur hidayah-Mu
Jangan Engkau biarkan ia hitam dan kotor
dengan debu-debu dosa
dengan sifat-sifat jahiliyyah yg tersembunyi
hanya kau yg tahu bagaimana keadaan hatiku…


Aku pasti tika ini
hatiku sedang tenat,

sarat dengan titik-titik hitam mazmumah
yang semakin menebal

Ampunkan aku wahai Tuhanku..
maafkan aku wahai hatiku
kerna diri yg hina ini telah mengotorkan hatiku ini

Ya Allah setiap kali aku menyesali akan khilafku ini
Maka aku…
selalu meminta agar diberikan hati yg baru
kepada insan faqir ini

Namun aku bimbang…
pabila kau berikan aku hati yg baru
aku hanya akan mengotorinya semula

Akhirnya aku hanya akan
mengundang kemarahan dari-Mu Ya Rabb…

Kini baru aku sedari...
sepatutnya aku bersyukur
kerna dikurniakan hatiku

Ya Allah bersihkanlah hatiku semula
dan bantulah aku agar sentiasa
mengingati dan manyebut nama-Mu
wahai kekasih sejatiku
agar hatiku dipenuhi cinta dan nur daripada-Mu
Ya ILLAHI


Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu,

Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu,

Ampunkan dosaku terimalah taubatku,

Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.

Dosa-dosaku bagai pepasir di pantai, dengan rahmatMu,

Ampunkan daku, Oh Tuhanku….


Wahai Tuhan selamatkanlah hambaMu ini,

dari segala kejahatan dan kecelakaan,

Aku takut aku harap kepadaMu,

Suburkanlah cinta aku kepadaMu…

Akulah hamba yang mangharap belas dariMu…



Firman Allah : "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)

Firman Allah : "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)


p/s: Alhamdulillah, petang nie semua family datang Alor Setar untuk berbuka puasa dengan aku dan adik-beradik dekat sini, semoga hatiku menjadi tenang melihat wajah-wajah yang aku rindui... :-)


Wallahu'alam... Wassalam...