MuJaHiDaH


Assalamualaikum…. Alhamdulillah, syukur kpd Allah SWT yg telah memberi kekuatan kepada ana utk menulis post pada saat ini beserta nikmat Islam dan Iman, selawat dan salam yang berterusan hingga ke Hari Qiamat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Sudah lama ana tidak menulis untuk diari mujahidah ini, mungkin terlalu sibuk dengan kerja2 yang tidak putus2 untuk ana selesaikan, diselek juga dengan peristiwa2 sedih menimpa diri seorang mujahidah ini, tapi segalanya pasti ada hikmah di sebaliknya. Walaupun Kalau ada masa free plak, waktu tu plak datang virus MALAS. Ana pun tak tahu lah sampai sekarang pun masih belum jumpa anti-virus untuk virus ini.. hurm~

Pada post kali ini ana cuma nak kongsi kan pengalaman yang boleh menginsafkan ana dan sahabat2, ini berlaku sewaktu cuti midsemester baru nie. Ana, mak dan ayah pergi ke Sungai Petani sbb ada urusan yang hendak diselesaikan di pejabat KWSP.

Alhamdulillah... semua nya berjalan dengan lancar urusan yang hendak diselesaikan. Kami terus ke salah sebuah masjid di SP untuk solat Zohor, selepas selesai solat, ana kedengaran suara seorang budak membaca Al-Quran tergagap-gagap dengan suara kuat dan pelik bunyinya. Suara itu mengulang-ulang bacaan yang sama beberapa kali dan datang daripada sebalik tirai bahagian lelaki. Dalam hati ana mengagak “mungkin sakit agaknya” dan ana mendengar dengan teliti apa yang diucapkannya. Sesekali dia membaca Bismillah, sesekali membaca Al-Fatihah…apabila ana sudah membaca doa, ana menuju ke sebelah tirai, terlihat anak kecil tadi, lantas tersenyum kepadanya. Dalam hati ana berbisik, “budak ini istimewa. Tidak down walaupun memiliki Down Syndrome”

Ana juga terfikir akan hebatnya Allah SWT menciptakan sesuatu yang tidak dapat kita gambarkan. Dalam masa yang sama ana sedikit kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh adik itu yang memiliki Down Syndrome. Dia juga manusia biasa yang mungkin menghadapi kehidupan yang lebih mencabar daripada kita. Mak dan ayahnya mungkin menghadapi cabaran yang lebih besar dalam membesarkannya. Namun, Itu tidak menghalangnya daripada menjadi hamba Allah SWT yang soleh. Bahkan, mungkin kedudukannya lebih tinggi di sisi Allah SWT daripada kita. Ana menasihati sahabat2, jangan mudah mengeluh apa yang Allah kurniakan kepada kita. Manusia adalah sebaik2 kejadian di atas muka bumi ini.

Ini terbukti dengan firman Allah SWT maksudnya : “Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”. (surah At-Tin : 4 )
Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Kita mesti akur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, ingat pesan ana ini “ kalau kita menghina sesuatu, samalah kita menghina penciptanya”… fikir2 kan lah…

Orang Normal Yang Down
Dalam satu aspek yang lain, masih ramai di kalangan kita yang normal namun dilanda penyakit “down”. Keadaannya mungkin lebih teruk lagi kerana di saat itu kita mungkin tak mahu lagi mendekati Allah SWT dan lebih cenderung untuk membuang masa-masa berharga dalam kehidupan.
Ingatlah bahawa Hasan Al-Banna pernah berpesan, “Barangsiapa membuang masa, sesungguhnya dia membunuh diri kerana masa itu sendiri adalah kehidupan”. Oleh itu, orang normal yang “down” merupakan sesuatu yang lebih merbahaya daripada orang yang mengalami Down Syndrome.

Banyak perkara yang akan membuatkan kita down. Kadang2 kegagalan menjawab peperiksaan dengan baik pun akan melemahkan kita. Tak ada wang pun boleh men”down”kan kita. Apa yang datang kepada kita sehari-hari mempunyai potensi untuk menyebabkan kita down. Apa yang ana selalu dengar luahan2 dari org2 sekeliling berkaitan masalah peribadi, inI membuatkan ana rasa sedih mendengarnya. Kadang2 ana berjaga sampai lewat malam untuk menyiapkan apa2 tugasan, terdengar juga la pergaduhan di mana2 bilik berdekatan bilik ana di asrama nie, ana ingatkan “hysteria” tapi apabila ana pergi jumpa dan bertanya, rupa2 nya masalah dengan hubungan percintaan. Hurmm~ (sapa suruh bercinta?) Ini pun boleh melemahkan kita. Namun jangan lupa bahawa apa yang datang itu juga mungkin akan membuatkan kita “up” dan menjadi bertenaga.

Ubat Down

Ketika kita down, kita pasti dapat merasakan bahawa hidup kita menjadi serba tak kena. Oleh sebab itu, jangan biarkan kita terus dilanda kemurungan dan kesedihan. Ubati segera. Jika sakit badan jumpa doktor, jika sakit di hati jumpalah kawan-kawan yang boleh memberikan nasihat dan teguran. Atau lebih baik lagi jumpa org2 yang berpengalaman. Itu sebagai terapi psikologi. Bahkan banyak lagi cara boleh kita lakukan. Baca Al-Quran dan mentadabbur, solat di malam hari, berzikir, senyum kepada orang lain dan lain-lain.

Antara sebab kita selalu down ialah kita selalu berseorangan di masa lapang dan membuatkan kita terkenang perkara-perkara yang akan membuatkan kita down. Jadi bercampurlah dengan teman-teman dan bina lah perhubungan yang erat yang akan memelihara kita daripada down sentiasa.

Akhir kalam, up and down itu biasa dalam kehidupan, namun kita perlu bijak mengawal diri agar tidak selalu down. Ambillah iktibar daripada pesakit Down Syndrome yang bersemangat untuk hidup!.

Jadilah orang yang bertenaga dan bersemangat.
“Mukmin yang kuat itu lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah”
Wallahu’alam… Wassalam..
0 Responses

Post a Comment