Ke mana sahaja kakimu melangkah,
hayunlah langkah gagahmu,
sebagai mujahidah unggul!
Membawa selembar watikah perjuangan,
Berbekalkan semangat waja,
Kental di jiwamu..
Lalu..
Kusisipkan doa-doa harapan
Buat pembakar jiwa mudamu..
Biar berapi semangatmu itu..
Seberani saidina Umar Al-Khattab
Biar gah namamu,
Segah saidatina Aisyah..
Biar dunia pula menjulang namamu..
Inilah mujahidah moden..
Penyambung warisan dan misi Hasan Al-Bana
Sedarilah wahai mujahidah..
Dunia kian dihakis daripada keamanan
Menuntut diadili dari kekejaman..
Mengertilah wahai mujahidah..
Dunia menuntut pengorbanan usia remjamu..
Rawatilah ia dengan Al-Quran dan As-Sunnah..
Julanglah ia dengan kemenangan Islam..
Maralah wahai mujahidah Islam..
Menuju mardatillah..
“kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan” (imam al-Ghazali)
Post a Comment