MuJaHiDaH

Assalamualaikum… Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yg terus mengizinkan kpd ana kekuatan utk menuntut ilmuNya hingga saat ini beserta nikmat Islam dan Iman, disamping kesihatan yang baik dari segi anggota badan, pendengaran dan penglihatan…selawat dan salam yang berterusan hingga ke Hari Qiamat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Alhamdulillah semester lepas telah diharungi dengan baik bersama sahabat2 seperjuangan yang lain, suka dan duka dikongsi bersama dalam menuntut ilmu agama. Segala ilmu yang telah ditimba diharapkan menjadi tinta-tinta yang memberi manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat, disamping menjadi bekalan di medan perjuangan yang akan ditempuhi pada masa akan datang, InsyaAllah... Semester lepas telah pun tamat dengan keluarnya keputusan peperiksaan Semester 5.

Alhamdulillah ana bersyukur kepada Allah S.W.T bagi diri ana sendiri dan semua sahabat2 yang beroleh keputusan yang baik dan Alhamdulillah juga ana lafazkan buat diri ana dan mana-mana sahabat yang beroleh keputusan yang kurang memuaskan. Apa yang terjadi pasti tersimpan hikmah yang besar. Anggaplah ia kebaikan dan mengucap syukur apa yang berlaku. Cubalah muhasabah diri dan berfikir sebab berlakunya musibah.Umat Islam perlu sentiasa bersangka baik terhadap Allah.

Allah tetap memberi kurnia dan rahmat-Nya kepada semua umat Nabi Muhammad SAW. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah Yunus, ayat 44)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.” (Surah An-Nisa’, ayat 40)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang sabar dengan memberikan pahala lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (Surah An-Nahl, ayat 96)

Oleh itu, apabila berhadapan dengan ujian, jangan buruk sangka sebaliknya hadapinya dengan redha serta keyakinan bahawa selepas kesusahan itu akan ada kemudahan menanti.


Pada hari Isnin minggu depan bermula la semester baru, Semester 6 bagi Kuliyyah Syariah tahun 3. Alhamdulillah, ana dah setel kan pendaftaran kursus untuk semester 6.. pada semester kali ini, 6 madah dengan 15 jam kreadit untuk kuliyyah ana tetapi ana dan beberapa org sahabat ana menambah 1 madah lagi dari kuliyyah B.Arab (madah elektif) iaitu madah Al-Tarjumah. Semoga dalam penggal pengajian kali ini ana dan sahabat-sahabat seperjuangan akan terus maju kehadapan dan dikurniakan Allah S.W.T ilmu dan amal yang bermanfaat.

Tanda-tanda bermula semester baru :
* Riak muka pelajar-pelajar KUIN sungguh bersinar2 seperti……(fikir sendiri la ye)
* Kuliyyah pertama akan sentiasa menjadi kuliyyah yang paling penuh bagi setiap semester.
* Pelajar-pelajar tidak terasa tension kerana mereka yakin lecturer tidak akan mengajar secara serius lagi.
* Pelajar2 tidak henti bertanya result kepada sahabat2 mereka.
* Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA),Bendahari, Bilik Dekan Kuliyyah dan PA akan dikerumuni oleh pelajar-pelajar dengan masalah masing-masing.
* Ada lagi tanda-tanda yang tak dapat disenaraikan atas sebab “hilang idea”
* Oleh itu, anda berpeluang untuk menambah tanda-tanda menurut pandangan anda.hehe

Ana akhiri kalam ana yang sederhana ini dengan doa...





Ameen......
Wassalam...
0 Responses

Post a Comment