MuJaHiDaH

Assalamualaikum…. Alhamdulillah, syukur kpd Allah SWT yg telah memberi kekuatan utk menulis post pada saat ini walaupun dalam keadaan yang kurang sihat beserta nikmat Islam dan Iman, selawat dan salam yang tiada hentinya hingga ke Hari Qiamat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

MPM Insaniah kini mengalami cabaran yang agak kompleks, sesuai dengan zamannya. Walaupun cabaran MPM adalah berbeza berdasarkan perubahan zaman tetapi asasnya adalah sama. Sejak dari zaman Rasulullah cabaran gerakan Islam ada lah sama dimana terdapat penindasan, pemulauan, fitnah, dan ugutan.

Pada minggu lepas juga telah berlangsung 3 Program yang berkaitan tentang Kepimpinan iaitu Majlis Pelancaran MPM 09/10, Ijtima’ Kolej Kediaman dan Dialog Pentadbiran bersama Mahasiswa Insaniah. ini merupakan program wajib bagi setiap IPTA/IPTS. Tahniah!!!! Ana ucapkan kepada semua Kepimpinan Mahasiswa di Insaniah ( MPM & JAKSA), Ini merupakan satu amanah yang sangat berat pada era Globalisasi ini. Risiko, cabaran, dugaan dan sewaktu dengan nya wajib lah di tempuhi bagi merealisasikan hasrat Mahasiswa Insaniah.. Pada MPM 09/10 ana di amanahkan sebagai AJK Biro Akademik.. Takziah untuk diri sendiri menanggung satu tugas yang mencabar !!!!....

Setiap Jawatan yang di amanahkan kepada kita pastinya dari Allah SWT.. Ia merupakan satu tanggungjawab yang berat dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak..
Nabi s.a.w berkata, “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.” (Riwayat Muslim)

Bagi pandangan ana, menjadi pemimpin bukanlah satu amanah yang ringan, mungkin suara2 Mahasiswa yang selalu kedengaran di telinga ana seperti :

“ Saya tak respect la MPM yang pegang Biro itu!!!!” ,
“ MPM dari dulu sama je dengan MPM sekarang, tak da perubahan pun”
“ Program malam tadi tu tak best la…”
“ Dia tu pulun la....”
“ Dia tu tak layak la jadi JAKSA” ,
“ Pentadbiran tu buat kerja lembab la…..”


Ini lah contoh2 suara mahasiswa yang kita selalu dengar kepada mana2 Kepimpinan….. Bagi pandangan ana juga, cuba kita muhasabah diri dan berfikir secara rasional tujuan asal yang Allah SWT wujud kan kita sebagai hambaNya di atas muka bumi Allah yang fana ini, bukan untuk “merespect atau di respect” “mengkritik ataupun dikritik” serta melabel seseorang itu sesuka hati saja… Sebaliknya tujuan kita hidup adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT..

Ini terbukti dengan firman Allah yang bermaksud : ““Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mukminun :115)

Firman Allah lagi yang bermaksud : “Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku” (az-Zariyat:56)

Firman Allah SWT jelas menunjukkan tujuan asal manusia diwujudkan… Manusia adalah sama sahaja.. Sebenarnya juga, apa yang ana perhatikan dan kaji , maka terhasil lah bahawa citarasa setiap manusia adalah berbeza.. Contoh terdekat yang ana lihat, pada Majlis Pelancaran MPM baru2 ini, ada yang mengatakan program tersebut sangat menarik dan sebahagian lagi mengatakan biasa saja, tiada perubahan dari yang lepas… Ini membuktikan bahawa citarasa setiap insan tidak sama, bukan saja dikalangan kita, bahkan juga timbul masalah ini dikalangan Imam2 yang nak mengeluarkan hukum terhadap sesuatu masalah dalam syariat Islam… Apa yang kita ketahui terdapat 4 mazhab, jadi jelas bahawa menggunakan dalil sama tetapi pendapat yang berbeza..

Ana tidak salah kan mana2 pihak untuk memberikan pandangan masing-masing dari apa yang kita lihat di depan mata kita tetapi ana nak nasihatkan, cuba kita kaji dahulu sebelum kita melabelkan seseorang itu, supaya kita tidak tergolong dari golongan pemfitnah atas apa yang kita telah katakan.


Menjadi pemimpin bukan lah semudah apa yang kita sangkakan. Bagi pandangan ana juga, Kepimpinan di Insaniah adalah seperti “Stadium Bola Sepak”. Contohnya MPM & JAKSA sebagai pemain2 bola sepak dan Mahasiswa Insaniah sebagai Penonton.. jadi jelas lah bahawa penonton (pelajar2) nampak seluruh padang, termasuk baik dan buruk pemain (MPM & JAKSA). Ini lah punca berlakunya suara2 sumbang yang tidak berani ke hadapan untuk berinteraksi dengan kepimpinan, Cuma mampu bertulis di atas kertas, blog… serta menyuarakan dari belakang… Siapa yang tiada perubahan sebenarnya!!!!!!

Dengan kesempatan yang ada ini, ana merayu kepada semua Mahasiswa Insaniah jangan asyik nak merunding jari saja kepada siapa2.. Kita cuba untuk sama2 membantu semua Kepimpinan Insaniah, bagi memenuhi hasrat MPM kali ini seperti mana ucapan Presiden MPM 09/10 memang cukup jelas dengan moto, visi & misi yang akan di bawa pada kali ini.. bukan mengharapkan sebarang wang upah atau seumpamanya.. tetapi untuk memperjungan Islam dari setiap aspek.

Ana hendak cadangkan kepada semua, cuba kita luangkan sedikit masa untuk kita merenung seandainya kita yang berada di tempat kepimpinan (MPM & JAKSA). Mungkin persoalan ini yang kita fikir kan…..

Agak2 apa yang kita buat untuk Insaniah?
Apa orang cakap dekat kita dengan hasil kita buat?
Apa respon pelajar2 kalau kita menganjurkan apa2 program?
Adakah orang nak bantu kita dengan kerja2 kita yang banyak?

Sebenarnya setiap orang muslim adalah Da’ie, erti kata lain iaitu pemimpin… Jadi kita sama2 berganding bahu untuk sama2 membantu antara satu sama lain di Insaniah ini. Mana mungkin hanya 26 Exco MPM dapat memenuhi hasrat lebih kurang 4000 orang mahasiswa Insaniah.

Wahai sahabat Mahasiswa,
“ Jangan lari dari masalah, hadapi masalah, Jika tidak ia akan mengerjamu.”
“ Teruskan berjuang tanpa takut, Pelajaran dan perjuangan mesti diteruskan secara berhikmah,rezeki milik Allah SWT, Ia akan datang pada kalian dengan usaha dan doa”

Waallahu’alam… Wassalam….
0 Responses

Post a Comment