MuJaHiDaH
Assalamualaikum…. Walaupun kesibukan tugasan demi tugasan dan exam yang hampir tiba tidak lama lagi. Ana nak berkongsi satu pengalaman yang paling seronok.. walaupun sudah 3 tahun ana berada di Alor Star ni tapi tidak pernah pun berziarah ke rumah pensyarah2 Insaniah. Alhamdulillah, pada 16 Okt 2009 bersamaan 27 Syawal 1430H, ana berkesempatan untuk berbuat bakti kpd doktor2 yang mengajar ana di dalam kuliah di Insaniah. Untuk dapat keberkatan ilmu la katakan…hehe Ana dan 10 org sahabat2 pergi ke kediaman doktor2 Arab dan Staf2 Insaniah di Kuarters Pendidikan… Bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pd jam 6.00 ptg. Walaupun tidak cukup 24jam tapi ana dapat merasakan betapa seronoknya join majlis bersama-sama doktor2 dan menziarahi doktor2 di rumah mereka.. Dan bertepatan dgn sabda Nabi s.a.w : “ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara ”. Jadi jelaslah di sini, walaupun berbeza bangsa tetapi ukhuwah tetap terjalin sebab sama-sama sujud kearah satu kiblat yang sama. Pada waktu pagi kami dan penghuni kuarters yang kebanyakkan staf2 Insaniah bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar kuarters dan surau. Apabila suasana kuarters sudah kelihatan cantik dan ceria. Kami pun berhenti dan terus berehat… Pada jam 2.30 ptg, selepas muslimin pulang dari solat jumaat, aktiviti diteruskan dgn jamuan, sambil menjamu selera penyampaian hadiah diadakan utk pasangan penganti baru berkahwin dan pasangan yang baru mendapat cahaya mata, yang tinggal di kuarters sahaja. Dipengerusikan oleh Ust.Aqli dan juga merupakan penghulu di kuarters tersebut dan hadiah disampaikan oleh DR. Hashim. Selepas semua aktiviti selesai, ana dan sahabat2 berkesempatan berkunjung di rumah Dr. Fathy. Emm ingat mirath la plak..hehe Doktor2 lain berjumpa di surau ja… Ana kagum sgt melihat doktor2 Arab memuliakan tetamu yg hadir.. bestnya berada di situ…

Inilah kediaman doktor2 & staf Insaniah..

fauziah, k.natroh, f.fizah n ana

Staf2 muslimin Insaniah

Staf Insan Fasih & Ustazh Azlina dan anaknya (Aisyah)

Ana bersama anak2 Dr. Syaaban

Ustazah Zainab dan anaknya

Dr.Abdul Salam, Dr.Mamduh, ana & K.fizah

Bersama Dr.Hashim di surau


Setakat ini saja yg ana dapat kongsikan utk pengunjung blog ana…Jazakallah khairan jazak kepada semua doktor2 dan staf2 Insaniah dengan layanan yg diberikan… Wassalam…
0 Responses

Post a Comment