MuJaHiDaH

Assalamualaikum… Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yg telah mengizinkan kpd ana untuk bernafas sehingga ke saat akhir tahun 2009 ini beserta nikmat Islam dan Iman, disamping kesihatan yang baik dari segi anggota badan, pendengaran dan penglihatan…selawat dan salam yang berterusan hingga ke Hari Qiamat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Hari ini bertarikh 31 Disember 2009, dan merupakan hari terakhir pada tahun 2009. Sepanjang hidup ana, belum pernah menulis seluruh aktiviti harian selama setahun itu lengkap di dalam satu buku diari. Tapi, kalau menulis semuanya di dalam diari atau blog, untuk satu hari kelak kita akan membuka, melihat, membelek dan membacanya sendiri, lalu kita bakal senyum dan tertawa atas apa yang pernah kita lakukan. Itu untuk yang lucu. Kalau ia pahit, tentu kita akan teresak sendirian mengenangkannya. Kalau manis, kita bakal senyum dan berimaginasi sendirian atau berkongsi dengan teman terdekat kita, itu memang sifat dan naluri manusia yang semula jadi. Tangis dan tawa, kecewa dan bahagia itu memang suatu lumrah dalam mengisi sifat manusiawi itu sendiri.

Memang la, menulis di dalam buku diari atau blog berkaitan aktiviti harian kita bukanlah suatu yang wajib bagi sesiapa sahaja. Ana pun tak pernah jumpa dalil yang mewajibkannya. Namun, ia hanyalah sekadar hobi dan teknik penulis untuk berlatih dan mengkreatifkan teknik penulisan, sambil menulis semua pengalaman dan peristiwa yang terjadi dan lintasan ilham yang tidak bakal kunjung pada setiap masa. Idea, ilham dan pengalaman dalam peristiwa yang dialami oleh setiap manusia sebenarnya adalah ilmu yang boleh dicurahkan sebagai nasihat, tazkirah dan dakwah dalam bentuk penulisan dan aliran kata. Sebab itulah, ana juga cuba untuk sentiasa membawa buku diari atau membuka blog , lalu menulis apa saja yang terlintas di dalam fikiran dan pada setiap kejadian yang berlaku.

Seperti insan-insan yang lain pasti melalui kehidupan sepanjang 2009 ini dengan pelbagai aktiviti yang menggembirakan dan menyedihkan. Ana pun seperti insan lain yang menempuh pelbagai suka duka kehidupan yang fana ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"
(Surah Al-'Asr, ayat 1-3)

Alhamdulillah ana telah menggunakan masa dengan sebaiknya. Semoga ana dan semua tidak tergolong dengan orang2 yang rugi.. Secebis kenangan dari ana sepanjang 2009 yang ana dapat kongsikan dengan pengunjung blog ana adalah :

ketika konvekesyen kakak sulung ana di UUM pada oktober yang lepas, bersama inspirasi hidup ana..


Semasa bekerja sebagai ustazah sewaktu cuti semester di sekolah ayah ana iaitu SMK Syed Abu Bakar.. waktu ini adalah sambutan Hari Guru 2009, so… semua guru2 kena lah menyanyi dan bacaan ikrar.. emm yang hujung kiri baju putih dan kopiah putih,ayah ana la tu... hehe


Bersama kawan baik ana iaitu Ustazah Habibah, sebelah meja ana dalam bilik guru… dia lah yang banyak tolong ana sepanjang ana berada di sekolah, ana diamanahkan sebagai ustazah Pendidikan Islam tingkatan 2, ana mengajar 4 kelas... Disamping itu juga sebagai guru Matematik untuk kelas tambahan PMR.. Alhamdulillah, tiada apa-apa masalah.


Sambil2 tengah bercuti, sempat jgk berjalan la ke rumah kawan2.. kami pergi ke rumah Kholijah di pendang.. banyak la makanan yang di hidang... terima kasih buat kholijah dan family.nanti jemput la datang ke rumah ana pulak di Baling.. dekat je, jalan kaki pun sampai tapi...... letih gila2 la ye... huhu


Mantan Setiausaha BPIK dan Mantan timb.Pengerusi BPIK
Semasa iftor di RFC bersama2 semua AJK Biro Pembangunan Insan & Kemasyarakatan MPM 08/09.


Sewaktu Program Bakti Siswa yang telah diadakan di Kg.Kemangi,baling.. nie tengah belajar menganyam ketupat dgn daun kelapa bersama org2 kampung... Alhamdulillah jadi jugak ketupat ana, cepat2 sapa nak buat tempahan...hehe


Alhamdulillah, ana dapat join program yang paling best sepanjang ana di Insaniah.. tak payah tulis la.... ada kat gambar dah tu...baca sendiri la ye...hehe


" Satu misi pencarian mutiara ISLAM"
kami menjelajah hutan kira-kira 8 KM untuk bertemu dengan perkampungan orang2 Asli, akhirnya jumpa jugak…


Nie sewaktu on the way nak balik Insaniah, singgah kejap dekat Gua Tempurung… tapi tak sempat pun masuk gua sebab dah lewat…. Berjalan2 dekat luar saja la…


Walaupun kesibukkan program di Insaniah, ana tidak akan lupa tugas ana sebagai exco Gabungan alumni yayasan Al-khairiah, dan diamanahkan sebagai timb.pengerusi biro dakwah & kepimpinan… jadi ana dan semua exco2 GAYA telah mengadakan program untuk semua kepimpinan yayasan khairiah iaitu program Qiadah Traning Centre (QTC).nie adalah program yang paling mencabar sepanjang hidup ana… kekuatan fizikal dan mental wajib la kuat….tapi sangat best……pada hari ini 31/12/09 jgk, ana kena balik rumah, sbb di yayasan khairiah ada Program Suai Kenal untuk pelajar2 baru….jadi semua alumni yk dijumput ye… sila2 la hadir, bermula pada esok hingga jumaat minggu depan….


Alhamdulillah, syukur kepada Allah…. Dengan tugas yang diberikan kepada ana…,ana dapat jalankan sekadar yang termampu dengan pertolongan dari Allah SWT.. Allah juga telah izin kan ana berjuang dengan cara perniagaan… pada 3 minggu yang lepas syarikat HPA dengan kerjasama Hospital Daerah Baling telah mengadakan program penjagaan kesihatan secara Islam… Jadi, pihak penganjur menjemput ana dan semua usahawan HPA di Baling bagi menjayakan program tersebut… penceramah ialah Tn.Haji Ismail Bin Haji Ahmad (Pengarah Urusan 1, HPA Industries Sdn Bhd)… banyak sgt ilmu tentang herba yang dapat…program nie di jalankan di Dewan Seri Indah, Hospital Baling, jam 2.00-5.00 petang…Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar….. Doakan juga semoga perancangan ana dan pelaksanaan yg telah di buat untuk membuka Stokis HPA di Tawau,Sabah akan berjaya... Insya Allah...
" Produk Halal Tanggungjawab Bersama"


Ini lah Pengarah Urusan 1, HPA Industries Sdn Bhd...

"Sekiranya kita redha dgn ketentuan ALLAH, maka kita sedang berpaut pada dahan yang kukuh, sekiranya ada keikhlasan di hati maka kita berada di jalan perjuangan, sekiranya semua itu tiada, maka kita umpama puing-puing hanyut di tengah samudera yg gelap gelita"
(dipetik dari buku Ini Jalan Kami, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad)



Walaupun banyak kenangan manis yang ana lalui sepanjang 2009 ini, tapi ada juga yang sedih... hehe... nak tahu apa??? 2 minggu lepas sebelum bukak kuliyyah "Kopi" meninggal, Kopi is my beloved cat.... ayah ana tertindih sewaktu undur kereta nak pergi sekolah sbb jadi pengawas peperiksaan SPM... tapi tak apa, ana masih ada adik kopi iaitu "melow" dan ibunya "nestle"... nama2 mcm nie sesuai utk binatang jela... so, cepat2 la BOIKOT!!! ana juga masih ada di sekeliling ana kat rumah ayam2, itik2 dan ikan dalam akurium.. dengan berkat kesabaran ana dan family, akhirnya "nestle" melahirkan 3 ekor anak pada minggu lepas.....Alhamdulillah.....

Bestnya suka duka kehidupan sepanjang 2009, rasa mcm nak lalui sekali lagi tapi memang MUSTAHIL la...... kalau bleh lalui kali ke-2... Alhamdulillah juga ana telah memanfaat kan masa yang Allah anugerahkan kepada ana dgn sebaik mungkin....


Tahun 2009 akan tamat pada pukul 12.00 malam nie, lambaran 2010 pulak akan menjelma.. ana berharap segala visi dan misi ana yang telah ana rancangkan untuk memajukan diri ana sendiri dan semua umat Islam, di samping juga mendekatkan lagi diri kepada Allah SWT akan berjaya dan mendapat keredhaan dariNya... InsyaAllah... Moga dengan niat dan azam ana yang berkobar-kobar (wow!) ini dapat diteruskan dengan istiqamah dan bukan angan-angan taik ayam, huhu. Bercakap memang senang, tapi melakukannya suatu hal yang tidak mudah dan perkara yang betul2 mencabar bagi diri ana.

Seperti mana kedua Malaikat yang tidak pernah ‘miss’ mencatat amal kita. Ana juga berharap agar dapat menulis setiap apa yang telah ana lakukan. Apakah baik, apakah buruk. Moga ana dapat menjadi manusia yang sentiasa dicatat amalnya di sisi amal soleh dan bukan sebaliknya. Semoga penulisan ana yang telah lalu, adalah berupa kebaikan dan bukan kerana sifat takbur, riak dan sombong diri. Ana juga merayu untuk semua di sekeliling ana supaya menegur setiap silap dan salah yg ana lakukan... Biasa la, ana manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...

Ana mohon dan berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada ana ketika menulis, bercakap dan beramal. Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati manusia, teguhkanlah jiwa-jiwa hamba-hamba-Mu ini di jalan yang lurus dan diredhaiMu.

"Selamat Menyambut Tahun Baru 2010"

Wallahu’alam...Wassalam......
0 Responses

Post a Comment