MuJaHiDaH

Assalamualaikum...
14 Okt 2009 bersamaan 25 Syawal 1430H, Alhamdulillah… syukur dipanjatkan kpd Allah s.w.t kerana masih lagi diberi nikmat Iman & Islam sampai saat ini. Terlupa ana untuk mencoretkan kenangan manis dan makluman tentang Majlis Mesra Adilfitri yang dianjurkan oleh Gabungan Alumni Yayasaan Khairiah (GAYA) tempoh hari. Mungkin ana terlalu sibuk dengan imtihan yg akan menjelang tidak lama lagi… Ini merupakan kali ke-2 ana berkesempatan utk join program sebegini yang diadakan setiap tahun. Ia bertujuan mengeratkan lagi ukhuwah diantara Alumni2 YK dimana jua berada khususnya di KUIN. Walaupun ana yakin semua alumni2 YK dari semua IPT di dalam Negara hingga lah ke Timur Tengah pasti akan mengadakan program sebegini….Alhamdulillah… Dan pada setiap tahun juga, GAYA akan akan mengadakan Ijtima’ Kubra yang bertempat di SMA(A) Yayasan Khairiah… Panjangnya muqaddimah..hehe Dikesempatan ini, ana nak berkongsi pengalaman ana sewaktu join program tersebut yang bertempat di Blok D bilik D1-2,KUIN. Bermula pada pukul 6ptg hingga 10 mlm. Antara pengisian2 yg diadakan adalah ucapan pengerusi majlis oleh saudara Hazwan, alunan bacaan ayat suci Al-Quran oleh saudara Alwie, ucapan pengarah iaitu saudara mustaqim, ucapan pengerusi alumni YK di KUIN iaitu Saudara Ibadur Rahman, cabutan bertuah, cenderahati utk tokoh2 terpilih, jamuan aidilfitri, solat maghrib brjemaah di DSAF, bacaan yasin, solat hajat utk exam, solat isyak, post-mortem dan salam wida’. Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Seramai 130 alumni yg berada di KUIN berkesempatan utk bersama- sama dlm majlis ini. Inilah yg membuatkan ana terkenang kembali pengalaman lama ketika di YK dan ia merupakan pengalaman yg sungguh berharga.. Antara tetamu VIP yg diundang dan merupakan alumni YK adalah Ust.Aqli, Ust.Azizi, Ust.Mansor dan Ust.Rahimin.. Suasana pada majlis tersebut sgt meriah dgn tayangan slide show bertemakn ukhuwah alumni Yk dan bertujuan mengimbas kembali kenangan2 manis semasa di Bumi Yayasan… Ini gambar2 sewaktu majlis tersebut.. saksikan!!!





Akhirnya majlis alumni ini wlpn nampak sederhana tetapi berjaya menghimpunkan semula sahabat2 yg lama terjalin. Ana harap hubungan kita tidak putus setakat kita habis di YK saja. Dikesempatan ini jg, ana mewakili Exco GAYA dan Adhoc program mengucapkan jutaan terima kasih kpd sahabat2 yg byk memberi komitmen utk majlis ini dan memohon maaf seandainya ada silap dan salah… Semoga ukhwah Islamiah kita kekal selamanya… Insya ‘Allah dan semoga bertemu lagi..
Wassalam…
0 Responses

Post a Comment