MuJaHiDaH


Assalamualaikum.... kepada sahabat-sahabat sekalian... Alhamdulillah sampai saat dan detik ini kita di izinkan oleh Allah s.w.t lagi untuk bernafas di bumiNya, dan dia anugerahkan nikmat Iman dan Islam... dan di kesempatan yang ada ini jugak ana nak berkongsi sedikit tentang zakat perniagaan yang ana belajar dalam kuliyyah syariah tahun 3 skrg ni... madah Qodoya Mu'asirah, ada segelintir pelajar yang mengatakan tajuk ini tidak penting dan tiada kaitan dengan kita.... Tapi bagi pandangan ana, ilmu tentang zakat perniagaan ini penting dan merupakan salah satu isu yang tergolong dalam masalah masa kini, walaupun kita bergelar pelajar sekarang ini dan kita tidak buat apa2 perniagaan... InsyaAllah mungkin suatu hari nnt, sahabat-sahabat ana dari Kuin, Mesir, Syiria, UKM, UM, UIA, UUM dan IPT2 yang sama waktu dengannya menjadi seorang Usahawan terkenal di Tanah Air...Ameen... Jadi apabila cukup syarat2 nya, wajib lah mengeluarkan zakat mengikut kadar tertentu... Jesteru itu, sama-sama kita memahami apa yang ana nak sampaikan ini walaupun sedikit....


ZAKAT HARTA PERNIAGAAN

Taksiran barang-barang Perniagaan adalah wajib dijalankan oleh setiap peniaga Islam untuk menentukan nilainya yang akan dijadikan zakat mengikut kadarnya yang tertentu. Dalam hal ini, semua barang-barang Perniagaan hendaklah dinilaikan apabila sempurna syarat-syarat wajib zakatnya.
Yang dimaksudkan dengan barang-barang Perniagaan ialah semua harta benda Perniagaan yang diniatkan untuk tujuan berniaga dan dijadikan barang-barang Perniagaan atau perdagangan seperti barang-barang runcit, makanan, minuman, pakaian, kenderaan, pelbagai alatan dan lain-lain.

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN
i. Islam.
ii. Sempurna Milik (kepunyaan mutlak).
iii. Merdeka.
iv. Genap setahun Perniagaan dijalankan (cukup haul).
v. Cukup Nisab pada tarikh Perniagaan itu sampai haul (genal setahun). Nisab Perniagaan adalah sama dengan nisab zakat wang.

KADAR ZAKAT YANG WAJIB DIKELUARKAN
Kadar zakat Perniagaan yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada semua nilaian harga barang-barang yang diperniagakan pada tarikh cukup setahun Perniagaan dijalankan.

PERATURAN MENGELUARKAN ZAKAT PERNIAGAAN
Untuk mengeluarkan zakat Perniagaan, penilaian semua harga barang-barang yang ada pada masa genap setahun perjalanan Perniagaan hendaklah dilakukan. Dalam masa penilaian itu dibuat, hendaklah dimasukkan/ dicampur wang tunai dalam tangan, wang dalam bank, hutang dalam tangan orang (jika terjamin bayarannya) dan wang pusingan-wang pusingan lain.
Sekiranya jumlah dari keseluruhan barang-barang tersebut telah menyamai/melebihi kadar nisab (RM2699.01 sen bagi Tahun 1993 di mana nilai ini berubah-ubah mengikut harga pasaran emas semasa), maka zakat sebanyak 2.5% atau 1/40 dari jumlah tersebut wajib dikeluarkan.

KETENTUAN PERNIAGAAN
i. Pemilikan yang sah
ii. Niat berniaga
iii. Cukup nisbah pada akhir tahun
iv. Cukup haul
v. Bebas dari tanggungan hutang

Pemilikan yang sah
Peniaga adalah terdiri daripada orang Islam dan telah memiliki satu-satu perniagaan itu secara sah mengikut penilaian Syariat Islam, samada melalui usaha sendiri, pemberian seseorang atau melalui perwarisan.

Niat Berniaga
Bagi menentukan wajib atau tidak mengeluarkan zakat perniagaan, mestilah dilihat dari DUA unsur utama iaitu Niat dan Amalan. Niat iaitu untuk mendapat keuntungan, manakala Amalan ialah berlakunya jual beli. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama. Niat haruslah berterusan tanpa berubah sebelum sempurna haul serta sampai nisabnya.

Cukup Nisab Pada Akhir Tahun
Diwajibkan zakat apabila nilai perniagaan mencukupi nisabnya. Dalam konteks ini, adalah seharusnya ditarik perhatian kepada barangan perniagaan yang dikenakan zakat, iaitu ia adalah barangan yang boleh dipernilaikan dengan matawang. Sebahagian besar ulamak Islam berpendapat bahawa nisab harta perniagaan adalah dirujuk kepada nilai matawang yang bersandarkan kepada kadar Emas dan Perak :

Emas 20 misqal @ 25.2259
@ 85 gram = 2.5% @ 1/40 (Tahun Qamarriyah)
= 2.577% (Tahun Masihi)
Perak : 200 dirham @ 176.5913 mayam
@ 6.9732 saga @ 595 gram = 2.5% @ 1/40 (Tahun Qamarriyah)
= 2.577% (Tahun Masihi)

Mengikut Mazhab Shafie ada tiga pendapat dalam menentukan di peringkat manakah seharusnya nisab itu wujud:
a) Sempurna nisab pada akhir haul sahaja.
b) Sempurna nisab sepanjang haul dari awal hingga akhir haul.
c) Sempurna nisab pada awal dan akhir haul dan tidak di tengahnya.

Ketiga-tiga pendapat tersebut dikira sempurna dan yang muktamadnya ialah pendapat (a) di mana sempurna nisab pada akhir haul sahaja kerana nisab bergantung kepada nilai barangan dan untuk menilai pada setiap masa adalah suatu kerumitan.

Cukup Haul
Haul bagi zakat perniagaan ialah genap setahun menjalankan perniagaan, dari waktu membeli barangan dengan niat untuk diperniagakan. Tahun yang dikira ialah :
i. Tahun Hijrah 354 hari - Kadar wajib 2.5%
ii. Tahun Masihi 365 hari - Kadar wajib 2.577%
Bebas Dari Tanggungan Hutang
Maksudnya harta perniagaan yang diambil kira cukup nisab itu ialah setelah ianya ditolak (dikurangkan) tanggungan Hutang Perniagaan.

HARTA TAMBAHAN
a. Harta dari hasil usaha
Harta hasil usaha yang diperolehi dari pertumbuhannya umpamanya daripada keuntungan perdagangan, maka ia adalah mengikuti sumbernya dalam tahun dan zakatnya.
Dengan itu sesiapa yang mempunyai barang-barang dagangan, yang sampai satu nisab, lalu barang-barang itu menghasilkan keuntungan, wajiblah ia mengeluarkan zakat terhadap semuanya baik dari sumber, mahupun dari hasil usaha (iaitu untung). Dalam hal ini tidak ada pertikaian ulamak.

b. Harta Hasil Pemberian dan Sebagainya
Harta tambahan yang sejenis dengan harta nisabnya tetapi bukan merupakan cabang atau berkembang daripada harta asalnya, misalnya diperolehi daripada hasil pembelian aau warisan, berkata Abu Hanifah mengenai ini:" Hendaklah digabungkan harta tambahan itu kepada herta nisab, diikutkan kepadanya dalam tahun dan dalam zakat, seta dizakatkan bersama-sama".

Setakat ini saja dari ana, moga-moga dengan sedikit ilmu ini dapat difahamkankan dan diamalkan...Insya Allah...
WAALLAHU 'ALAM.. Jangan lupa doakan untuk kejayaan ana dan sahabat-sahabat kita...
1 Response
  1. Unknown Says:

    Salam..boleh sye tahu,kalau beniaga jual burger,adakah sye wajib kluarkan zakat?kalau kene,berapa hrge sye prlu kluarkan untuk brzakat?


Post a Comment